Selasa, 8 Jun 2010

DaH BaCa Ka?????




assalamualaikum sahabat semua....




sepanjang anda meniti kehidupan pasti anda ada singgah kedai buku betul tak?? dalam banyak2 buku di kedai buku ada tak anda semua terlihat buku keluaran PTS yang berjudul "Online Dengan Tuhan" dan juga "Offline Dengan Syaitan"..??? disini saya nak berkongsi serba sedikit kisah dalam buku itu...




buku Online Dengan Tuhan menceritakan tentang Allah s.w.t yang sungguh Maha Kaya dan Maha Pengasih terhadap hambaNya... buku ini juga mengajar kita bagaimana kita hendak mengeratkan diri kita dengan Allah dan juga jatuh cinta kepada Allah... di samping itu, ia juga menceritakan ganjaran yang Allah berikan atas perbuatan baik kita....




manakala dalam buku Offline Dengan Syaitan pula menceritakan tentang muslihat jahat syaitan dan janji iblis yang dimana akan menyesatkan anak cucu Nabi Adam hingga kiamat... selain itu, buku ini juga menceritan tektik dan cara untuk mengenali yang baik dan buruk dan sekaligus mengajar kita untuk putuskan hubungan dengan syaitan agar kita sentiasa di jalan Nya...




buat sesiapa yang belum baca buku nie.. cari kedai yang berhampiran dan beli terus baca...


sekiranya saya ada masa saya akan masukkan sikit demi sedikit cerita di dalam buku itu.... insyaallah.... apa-apa pun slamat membaca....

Ahad, 6 Jun 2010

Suara Hati Seorang Ayah....

ini kisah realiti yang belaku di dalam kehidupan seharian.... dengan hati terbuka saya ingin kongsi cerita ini bersama rakan-rakan blog saya... seperti biasa aku pulang ke kuala lumpur sepanjang cuti sekolah ini... pada hari pertama aku pulang, ayah ku membawa ku kesana kemari menjamu aku dengan pelbagai juadah yang enak... kisah bermula ketika di kedai makan mamak yang dimana ketika itu aku dan ayahku sedang minum petang....

aku melihat raut wajah ayah ku seperi menyimpan seribu masalah dan kedukaan.. aku teruskan berdiam diri kerna takut kata ku mengguris hati... tiba-tiba suara ayah ku terkeluar dari bibirnya:- " ayah sedih dengan kehidupan ayah sekarang.. adik beradik langsung tak hormat ayah sedangkan ayah abang (anak kedua)...." ayah ku terdiam seketika... aku melihat mata ayah seperti banjir air mata... aku tahu ayah menahan sebak di dada.... ayah ku termenung seketika dan aku terus dan terus tenung wajah sayu ayah....

lalu ayah ku berkata lagi, " adik beradik pentingkan diri... tak reti nak minta tolong orang.." sekali lagi aku ayah ku terdiam.... aku pusing dengan kata-kata ayah... minda ku hubung mencari jalan penyelesaian... hati aku terus menangis dek kata-kata itu... selama ini ayah x pernah menceritakan masalah nya pada aku... tiba-tiba aku berasa begitu berharga di mata ayah ku itu....

aku dapat pengajaran dari hidup ayah ku... bahwa semua orang ada perasaan dan hati... kita insan yang lemah perlu menjaga perasaan saudara dan rakan-rakan kita.... kata-kata ini memang membinasakan orang... kata-kata memang pedih walaupun tidak tajam di mata... disamping itu kita perlu sedar bahawa menceritakan keburukan orang juga akan membawa padah bukan kita sahaja tapi orang terdekat juga terkena percikkannya...