Isnin, 20 Disember 2010

BuDaK MeLaYu SeMaKiN rOsAk !!




assalamualaikum rakan-rakan sekalian.... hati saya sangat tersentuh, luka, dan sedih apabila orang sekarang panas menceritakan tentang kerosakan anak-anak melayu sekarang. lagi menyedihkan anak melayu yang kian rosak itu adalah umat islam.. saudara kita juga... sanggupkah kita melihat saudara seislam kita terus hanyut dibuai janji-janji syaitan yang akhirnya hanya di neraka... sanggupkah kita melihat saudara kita melakukan maksiat di depan mata kita sendiri???? sanggupkah kita wahai rakan-rakan ku???




baru-baru nie kita digemparkan dengan kisah dua adik beradik yang melakukan rakaman lucah di sebuah hotel/motel... di mana lelaki tersebut baru darjah lima manakala kakaknya tingkatan satu. kejadian ini berlaku di pulau pinang. ada orang ketiga yang merakam kejadian tersebut. sedih nya hati ni apabila baca berita tersebut di surat khabar metro (muka hadapan).


dua hari sebelumnya pulak ada kisah mengenai seorang budak sekolah merakam persetubuhan antara dia dan awek nye.. dan dia menyebarkan rakaman tersebut kepada kawan2 nya.. patutkah>???? bagaimana lah perasaan mak dan ayah mereka kalau melihat rakaman tersebut.. masyaAllah... betapa hancurnya hati mak dan ayah mereka apabila saksi rakaman tersebut.




kedua pula kejadian anak melayu kita cium di depan pavillion... video ini saya lihat di dalam facebook... ada orang tagkan nama saya.. kejadian tersebut amat memalukan kerana mereka tanpa segan silu cium di hadapan khalayak ramai... apa nak jadiiiiii.......




satu lagi perkara yang amat memimbangkan... iaitu trend barat yang kian mejalar dalam kehidupan anak-anak melayu.... macama mana lah.... ada yang berskirt pendek... ada yang warnakan rambut.... berkepit merata-rata... ada sekali tu satu pasangan couple nie cium kat mid valley... masa nak turun tangga elektrik... Ya Allah....... sakit mata memandang.....




maafkan saya... saya bukan nak kutuk sesapa... tapi nak ingatkan diri saya dan saudara-saudara saya... sesungguhnya kita nie hanya insan yang lemah.. mohon lah pertolongan dariNYA.. insyaAllah...

Rabu, 8 Disember 2010

Ustaz Mohd Kazim Elias- Hukum Menyanyi.

mari kita tanya ustaz Mohd Kazim Elias tentang hukum bernyanyi.....



renung-renungkan ya!!!!
semoga Allah memberi petunjuk kepada kita..
insyaAllah..

Isnin, 6 Disember 2010

BeLuM pAsTi.....


Kita berhijrah ke university nun jauh dari ibu bapa, demi ilmu Allah yang luas….

Demi menunaikan fardhu dalam kehidupan sebagai seorang insan yang bergelar islam..

Kursus islam menjadi pilihan hidup kita walaupun pada mulanya ia adalah paksaan…

Kita pelajari ilmu Allah… tentang hokum-hakam….

Tentang sirah islam… tentang nabi dan rasul…

Tentang Allah….

Tapi…..

Ada benda penting yang kita terlepas pandang ketika menimba ilmu…

Kita asyik melihat kesalahan orang… kita asyik mencari dosa orang..

Itu salah!!!! Ini Dosa!!!!

padahal diri kita ini lebih hina…..

kita pelajari sejarah islam… belum pasti kita sanggup berkorban demi islam seperti pejuang-pejuang dahulu…

kita pelajari hukum islam… belum pasti kita turuti kesemuanya…

kadangkala kita langgar jua hukum Allah…

kita rahu sifat mulia Nabi dan Rasul…

belum pasti kita contohinya…..

kita lebih mengenali Allah…

belum pasti kita cinta dan sayang kepadaNYA…

walaupun kita pelajari dan lebih tahu mengenai islam…

belum pasti kita dijamin masuk syurga….

Jangan bongkak dengan apa yang kita ada tapi bersyukurlah

Jangan binasakan diri dengan sifat syaitan yang durjana…