Sabtu, 27 Ogos 2011

2 Golongan??

Tik... Tok... Tik..Tok.... sekejap je rasanya bulan ramadhan dah nak tinggalkan kita. keriangan syawal semakin terasa pabila terdengar lagu raya sentiasa diputarkan di radio, pusat beli belah dan juga bazaar ramadhan... kehangatan syawal makin terasa pabila keluarga atau kawan-kawan ajak pergi beli baju raya.. kasut raya... jam raya... n mcm-mcm lagi... dalam akhirnya ramadhan dan awalnya syawal wujudnya dua golongan... iaitu golongan pertama yang sibok dengan ramadhan sentiasa menghabiskan masanya di masjid dan mengejar lailatul qadar... beribadah kepada Allah dan bermunajat kepadaNya... manakala golongan kedua pula ialah golongan yang sibok dengan syawal... di mana mereka sentiasa mengisi masa lapang dengan menghias rumah.. membeli barang-barang raya... membuat perancangan raya... dan sewaktu dengan nya... hal ini benar-benar berlaku di hadapan mata saya.... ketika saya lalu di masjid, saya terlihat ramai orang tidor di masjid untu qiam keesokan harinya... manakala bila saya lalu di depan bazaarr.. NAH !! pnoh pula dengan org membeli baju raya.. lampu raya...

just nak kongsi pandangan je.. selamat renungkan mengapa dan kenapa hal ini berlaku di dalam masyarakat kita???


Rabu, 24 Ogos 2011

Pemakaian Islam Di Baratkan

kini kita didedahkan dengan pelbagai fesyen-fesyen yang terkini dimana tampak anggun dan unggul pabila memakainya... dengan tudung arini nya... sehingga kan boleh dikatakan 80% muslimat di malaysia memakinya kerna mudah dan cepat.. sehingga wujudnya satu drama berjudul tudung ekspress... menceritakan betapa mudahnya untuk memakai tudung hanya serlup sahaja tlah dikira tutup aurat... tak salah nak pakai tudung ekspress tapii biarlah ia labuh dan menutup bahagian dada anda !! sedikit demi sedikit pemakaian islam di baratkan... sedarkah muslimat semua????

pertama sekali saya sentuh bab tudung yang dibaratkan... iaitu wujudnya tudung singkat!! tidak menutup bahagian dada.. lalu adanya perhiasan yang sepatutnya para wanita tidak memakainya di khalayak ramai kecuali suami... saya beri anda contoh-contoh tudung yang dibaratkan...



besar nyee bunga kat tudung, tak berat kew??


ni budaya mana plak nie?? bungaa penuhh kat tudung...

perlu ke bunga besar tue???

masih di gelar tudung ke???

mmm zaman jahiliyyah dlu ada r mcm nie...

cantik ke tunjuk leher dan dada tuee???

mengapa tudung kini bagaikan hiasan semata.. bagaikan syarat sahaja... tapi tidak mengikut syariat yang sbenar di mana harus tutup kawasan2 menggoda... pabila dah pakai tudung macam nie kesian kat suami... tak rasa kemanisan seorang isteri kerna sebelum ni ramai dah lelaki melihat susuk tubuh badan isterinya.... mana keistimewaan isteri terhadap suami????
apa salahnya pakai tudung sebegini...:-







"simple make perfect "

ada je tudung ekspress yang labuh tapiii kenapa tak leh nak beli n pakai..
renungkan wahai muslimat !!





@p@ N@k J@d! ???

Pelajar tahfiz kena liwat ketika suai kenal


SUNGAI PETANI: Seorang pelajar tahfiz berusia 9 tahun terlantar di hospital sejak empat hari lalu, dipercayai diliwat, dipaksa melakukan seks oral dan didera oleh tiga pelajar senior berusia 12 tahun sebuah sekolah agama tahfiz swasta di Kupang Baling di sini, ketika mengikuti minggu suai kenal selama 40 hari, bermula Jun lalu.

Bapa pelajar terbabit yang enggan dikenali berkata, anaknya yang hanya dibenarkan ditemui selepas minggu suai kenal yang dikenali sebagai tempoh berpantang itu tamat 30 Julai lalu mengadu dia diliwat setiap malam dan akan dibelasah jika menangis oleh pelajar senior itu.

Selain anaknya, beliau mendakwa dua lagi pasangan kembar berusia lapan tahun turut di dera teruk hingga trauma tetapi mereka tidak mengadu diliwat. Sepanjang tempoh suai kenal itu, semua pelajar dilarang menghubungi keluarga atau waris mereka.

Beliau berkata, anaknya hanya merasai suasana selesa sebagai seorang pelajar selama seminggu sebelum kejadian itu.

Beliau berkata, niatnya menghantar anaknya ke sekolah agama terbabit untuk menjadi pelajar cerdik al-Quran hancur apabila anaknya diperlakukan seperti haiwan dan lebih malang mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak sekolah.

“Saya sedih dengan kejadian yang menimpa anak kerana tindakan murid yang hanya berusia 12 tahun mendera kanak-kanak 9 tahun dengan pelbagai cara, langsung tidak masuk akal.

“Pada mulanya kami sekeluarga memang tidak menyangka anak saya dipukul kerana pihak sekolah memberitahu ia adalah kesan alahan.

“Bagaimanapun, hati saya tersentak apabila doktor memberitahu, anak saya kena dera dan diliwat.

“Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu saya membuat laporan polis pada 30 Julai lalu iaitu pada petang hari saya dibenarkan berjumpa anak saya.

“Anak saya juga mengadu tidak tahan dengan sikap guru di sekolah berkenaan yang tidak menyiasat sesuatu kejadian menyebabkan dia sering mengalah kepada pelajar senior berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu pada 30 Julai lalu dan siasatan sedang dijalankan.

Berita Harian
4 Ogos 2011

Kencing dalam mulut

SUNGAI PETANI: “Depa (tiga pelajar senior) melakukan seks bahagian belakang menyebabkan saya berasa sakit dan mahu menjerit, tetapi depa tutup mulut saya dengan tangan, selain diberi amaran tidak melaporkan kejadian kepada ibu bapa.”

Begitu kata murid yang mahu dikenali sebagai Din, sembilan tahun, dipercayai menjadi mangsa liwat tiga pelajar senior di sebuah sekolah tahfiz di Baling, dekat sini, pada bulan lalu.

Kejadian berlaku pada minggu kedua selepas mangsa memasuki sekolah itu pada 20 Jun lalu, namun kejadian terbabit hanya diketahui ibu bapanya ketika dijemput selepas sesi orientasi selama 40 hari pada 30 Julai lalu berikutan terdapat kesan lebam pada tubuhnya.

Din mendakwa dia bukan sahaja diliwat berulang kali oleh tiga pelajar berusia 12 tahun terbabit, malah dipukul dengan pelbagai objek selain diugut tidak menceritakan segala kejadian kepada sesiapa.

Menurutnya, perbuatan terbabit dilakukan tiga pelajar itu setiap hari, adakalanya pada waktu tengah hari, tetapi lebih kerap pada malam sama ada dalam bilik asrama, bilik air, surau dan tandas.

“Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 10 malam walaupun saya sedang tidur dalam bilik, tetapi mereka mengejutkan saya dan meliwat berulang kali. Saya hanya menangis kerana amat sakit.

“Saya tak boleh menjerit kerana mereka menutup mulut. Perbuatan itu berlaku beberapa minit sahaja dan sebelum keluar, mereka memberi amaran dan mengugut akan melakukan perbuatan lebih teruk jika diketahui orang lain,” katanya.

Selain diliwat, dia mendakwa dipukul dengan pelbagai objek antaranya kayu, kerusi, besi, penyangkut baju, getah paip serta ditumbuk, malah ketiga-tiga pelajar itu membuang air kencing ke dalam mulutnya.

Menurut Din, dia dan murid lain tidak mampu melawan kerana takut dengan tiga pelajar terbabit.

“Kejadian liwat dan dera berlaku berulang kali, namun saya tidak berani melaporkan kepada pengurusan sekolah kerana takut dipukul. Sebelum itu saya pernah dipukul dengan batang paip plastik kerana enggan bercakap akibat dipaksa makan tulang ikan oleh tiga pelajar itu.

“Pada mulanya, saya mahu memberitahu kejadian kepada ayah yang datang pada 25 Julai lalu, namun terpaksa berdiam diri dan memberitahu saya sihat kerana diberi amaran oleh pelajar itu dan pengurusan.

“Namun, saya lega apabila ayah datang pada 30 Julai lalu dan membawa saya keluar dari tahfiz itu sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk pemeriksaan perubatan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Sementara itu, bapa mangsa, Johari Pak Zain, 44, berkata kejadian menimpa anaknya disedari ketika datang ke tahfiz berkenaan pada 25 Julai lalu selepas rakannya membuat laporan polis berhubung kecederaan yang berlaku terhadap anak kembarnya.

Menurutnya, pada mulanya dia terkejut melihat ada kesan lebam dan kecederaan pada muka dan telinga anaknya, lalu bertanya kepada pengurusan tahfiz itu, namun diberitahu Din mungkin mengalami alahan manakala cedera di telinga akibat bermain.

“Saya cuba bertanya kepada anak, namun memberitahu dia sihat dan tidak ada apa yang berlaku. Saya akur penjelasan daripada pengurusan sekolah lalu pulang.

“Tetapi, saya terkejut apabila mendapati ada kesan lebam pada tubuh anaknya apabila kembali melawatnya pada 30 Julai lalu. Justeru, saya kini akan membuat laporan polis lagi terhadap pengurusan tahfiz berkenaan untuk tindakan,” katanya.

myMetro
5 Ogos 2011

stelah sekian lama..


assalamualaikum saudara-saudara ku semua.... maaf kerna lama tak update blog nie.. terlampau sibok dengan aktiviti kampus yang bergunung tinggi dan tanpa henti... apa khabar semua.. hopefully semua sihat wal afiat dan gembira di samping orang yang tersayang...

pejam celik pejam celik bulan ramadhan ingin meninggalkan kita... keriangan syawal semakin terasa, sayu je tadi bila tengok kawan-kawan balik.. kampus semakin sunyi dan sepi.. dalam ketidak sabar menjelang raya, aku terfikir seorang diri, cukupkah amalan ramadhan aku kali ni??? semakin baik atau semakin teruk dari yang lepas..??? adakah ramadhan kali ini menjadi ramadhan terakhir bagi ku??? ajal maut kita tak dapat jangka.. bila-bila je bleh berlaku.

aku tersedar dengan lekaan dunia yang fana pabila mendengar kawan2 sebilik aku baca al-quran... air mata keinsafan aku menitis pabila melihat kawan2 sebilik aku bangun ditengah malam semata-mata untuk berqiamulail... cemburu aku tengok kawan2 aku berlumba2 sembahyang terawih di masjid setiap hari... tapiii kenapa aku tak mampu seperti mereka?? sedangkan aku juga manusia seperti mereka.. mempunyai hati dan perasaan... aku juga ciptaan Allah yang begitu indah... kenapa aku tak mampu lakukan semua itu?????

persoalan demi persoalan bermain diminda aku, lalu aku muhasabah diri.... "Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa yang telah aku lakukan. berikan aku peluang dan jalan untuk berada di landasan islam. jauhilah aku dari hawa nafsu dan godaan syaitan. Ya Allah, jangan lah kau gelapkan hati kecil ku ini kerna dosa-dosa yang aku lakukan.. Ya Allah, janganlah kau biarkan aku bersendirian kerna aku masih cetek ilmu-ilmu Mu Ya Allah... berikanlah aku hidayah dan petunjuk agar aku sentiasa mencintai Mu Ya Allah.. amin"

ketakutan bermain di jiwa ini kerna khuatir Allah membiarkan diri kudus ini sendirian tanpa bimbingan... takut tidak melihat jalan yang benar... dan takut sesat di atas dunia ini.. dan amat takut mati dalam kekafiran hanya kerna sesat dan terpedaya dengan hasutan dunia...

sama-sama lah kita muhasabah diri !!!