Khamis, 26 Januari 2012

BeTaPa TaBaHnYa HaTi

menitis air mata jernih ini apabila melihat seorang wanita yang sabar menghadapi segala rintangan dan dugaan hidupnya.. pabila menjelang pagi beliau bangun dari tilamnya lalu menjerang air buat suaminya yang terlantar sakit diatas katil. memandikan suaminya.. tanpa jemu beliau melayan segala kerenah suaminya. betapa sabarnya wanita tersebut walaupun sering dimaki hamun oleh suaminya kerna kesilapan dan kesakitan sedikit... wanita itu menjaga suaminya bagaikan menjaga seorang anak kecil yang tak mampu lakukan apa-apa melainkan berkata-kata.

kadang-kala menitis jua air mata wanita itu kerna tidak tahan dek panahan kata suaminya itu tapi beliau masih lagi gigih dan akur akan kehendak suaminya.. ya memang semua manusia ada hati dan perasaan tapi wanita itu masih sedar bahawa tanggungjawab seorang isteri itu amat penting. wanita itu melayan suaminya dari pagi hingga ke malam tanpa henti. kadang-kala terlena keletihan diatas sofa kerna dek melayan suaminya itu.

bukan hendak menunding jari pada suaminya tapi aku cuba memahami keperitan yang sedang melanda suaminya itu.. mari kita lihat kisah lelaki pula. lelaki tersebut tidak mahu susah kan sesiapa tetapi apakan daya beliau hanya mampu baring kaku di atas katil sahaja kerna dek kesakitan yang melanda. aku tahu betapa tertekannya lelaki tersebut kerna terpaksa menyusahkan isteri serta anak-anaknya... tidak mampu lagi mencari rezki demi sesuap nasi buat keluarga. aku tahu betapa bosannya kehidupan nya kerna terlantang di atas katil yang tidak mampu bergerak kemana-mana.. kebosanan dan tertekan ini yang membuatkan lelaki tersebut hilang arah dan tidak dapat mengawal kemarahannya.. oleh itu isterinya yang menjadi sasaran atau tempat untuk disemburnya...

Ahad, 22 Januari 2012

Yang Mana Kau Pilih???

Dengan Nama Allah yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa !!!!!

dalam kehidupan seharian kadang-kadang kita salah memilih yang mana sepatutnya kita amik dalam intipati kehidupan. contoh yang paling mudah kita dapat lihat adalah solat berjemaah. baik, apabila kita solat bersendirian kita dapat ganjaran pahala SATU. tetapi sekiranya kita solat berjemaah kita akan dapat 27 ganjaran pahalanya... jauh sungguh bezanya... tetapi yang anehnya kenapa orang zaman sekrang lebih gemar memilih solat secara bersendirian daripada solat berjemaah..... ok. sekiranya kita pergi temuduga kerja dan kemudian boss tue tanya kepada anda nak gaji berapa RM1000 atau RM2700??? yang mana menjadi pilihan anda??? sudah pasti anda memilih RM2700... mana ada orang pilih RM1000... kalau ada sekalipun mungkin orang sakit jiwa... dalam bab perkerjaan dan duniawi kita asyik memilih ganjaran yang banyak tapi kalu bab ukhrawi kita pilih ala-ala kadar sahaja.... ada yang kata "aku dah buat nie cukup bagus dah.." mmmmmm patot ka??? renung2kan duhai sahabat semua... semoga kita tidak tergolong dalam golongan duniawii nie.. insyaAllah.....