Sabtu, 6 Julai 2013

Kenapa Tak Bersyukur ??

Kadang kala manusia bila ditimpa musibah, selalu jatuh tersungkur bagaikan kehilangan segala-galanya. andai ditimpa sakit, pasti mengeluh sepanjang masa. menjerit-jerit kesakitan... marah sana-sini. yang manusia tahu hanya menunding jari pada Allah. " Ya Allah, kenapa kau berikan dugaan seberat ini? mengapa kau buat aku begini, setelah siang dan malam aku bersujud padaMu ya Rabb, kenapa kau berikan kesusahan pada ku?? kenapa ? kenapa aku Ya Illahi.??". itulah yang selalu mereka rintihkan. sama seperti saya yang sering menimpa kesakitan dan dugaan.

pada suatu ketika, saya terdengar kuliah di TV yang menceritakan tentang BERSYUKUR !! beliau kata, "kenapa kau tak bersyukur dengan apa yg kau ada? Allah hanya memberi sedikit ujian pada kita untuk lebih dekat denganNya. kenapa harus kita merungut? sepatutnya kita bersyukur kerana Allah masih memberi nikmat MATA untuk melihat ciptaanNya, andai kata sakit kaki, Allah masih memberi nikmat makan dan tangan untuk melakukan kebaikan. apa lagi yang kau mahu wahai insan??? " kata-kata yang ringkas sebegitu menyentap hati dan perasaanku. berlenang air mata jatuh ke bumi.

Bila aku merenung diriku sendiri, aku masih boleh makan, bercakap, melihat, cuma badan saja yang kesakitan membuatkan aku sukar untuk bergerak dan melangkah. apa lagi yang aku inginkan. kata beliau juga, sahabat dahulu pernah berdoa sedemikian, "Ya Allah, tempatkanlah aku di dalam golongan yang sedikit, AMIN". lalu aku terfikir, apa yang dimaksudkan dengan doa tue, aku terus menanti jawapan dari penceramah, lalu beliau berkata golongan yang sedikit ini adalah golongan yang bersyukur. kerna ramai orang susah untuk bersyukur dengan apa yang dia ada. bila dapat ganjaran dan habuan baru nak bersyukur....

kadang2 aku terfikir, adakah aku nie berguna pada keluarga ku? dah la tak boleh nak keje, asyik sakit sahaja. kadang2 aku rasa semakin besar nie aku semakin susahkan ibu bapa aku. kawan-kawan ku rancak mencari rezki tapi aku hanya duduk menyepi... sampai satu ketika aku persoalkan Allah dengan berbagai2 soalan yang menggambarkan aku tak bersyukur, lalu aku menangis, kerna aku takut andai aku tak dapat menjadi GOLONGAN YANG SEDIKIT itu... sedih berganti sedih.

wahai sahabat2 sekalian, gunalah nikmat kesihatan anda untuk teruskan berdakwah dan berjuang mencari rezki yang halal. Bersyukur dengan apa yang kita perolehi..

Hasbunallah Wa Nikmal Wakil.... Kalimah yang sentiasa kuungkap bagi menenangkan jiwa aku...


Jumaat, 28 Jun 2013

Hikmah Dari Allah !!!

Assalamualaikum ya akhi dan ya ukhti sekalian ! Saya harap kalian semua dalam keadaan sihat wal afiat. alhamdulillah wa syukurillah atas nikmat yang diberikan pada kita semua. perkongsian kali ini banyak natijahnya andai direnung dan dihayati bersama. hal ini berlaku atas diri saya sendiri.


kejadian ini berlaku pada minggu FINAL EXAM utk FINAL YEAR ku. alngkah bahagianya saat itu bila difikir sejenak kerna tak lama lagi aku akan tamat belajar. masa study week aku dapat panggilan dari ibuku bahawa sekolah ibu saudara aku mengajar ada kekosongan pada tarikh selepas habis final exam. aku MERANCANG untuk mengajar dan menjadi cikgu ganti disekolah tersebut. aku hebahkan kepada kawan2 ku bahawa pabila cuti nanti aku akan mengajar. hari exam semakin hampir, satu persatu nota aku teliti (belajar last minute) hahahah satu paper telah berlalu. kini tunggu paper kedua pula pada hari lusa. keesokkannya aku bangun lewat. dalam tengahari laa jugak kemudian aku mandi, solat zuhur dan terus berjalan kaki beli sarapan + mkn tghari di cafe. aku beli 2 bungkus nasi lemak dan juga satu botol 100 PLUS untuk dijamah bersama rakan sebilik ku. selepas makan dan minum. perut aku terasa senak.
kemudian kesakitan itu semakin menjadi-jadi. aku minta pertolongan dari sahabat sebilik ku utk bawa ke klinik universiti. selepas sampai di sana aku muntah-muntah, tubuhku mula menggeletar dan fikiran aku saat itu hanya sakit !! sakit !! lalu aku dibawa ke hospital dan lebih 4-5 jam aku ditahan d wad kecemasan. kesejukan saat itu menusuk-nusuk tubuhku ini. lafaz Agung Ya Allah membasahi bibir sambil mata melihat ke kanan dan ke kiri. tiba-tiba datang seorang doktor masukkan tiup dari hidung ku terus ke rongga. kesakitan dan tidak selesa yang kurasa.

kemudian aku dibawa masuk ke dalam ward tapi masih dalam pemerhatian. macam-macam benda dia cucuk sana dan sini. kesakitan saat itu tidak terasa lagi. aku bagaikan lali seketika. seminggu aku di sana. 3 paper aku terlepas begitu sahaja. lalu aku di bawa pulang ke putrajaya iaitu rumah halaman ku. selang 2-3 hari serangan itu datang kembali dan sekali lagi aku ditahan di hospital putrajaya selama 8 hari.

ketika di hospital putrajaya sehari lebih 2-3 kali darah aku diambil. hinggalah hari  ke-8 habis tangan2 ku bengkak biru kehitaman. selepas keluar hospital aku hanya duduk dirumah sambil membantu ibu bapa ku.. itu sahaja yang aku mampu. setelah badan ku semakin pulih. aku apply kerja sana dan sini tapi tak dapat.

tiba-tiba suatu hari aku dapat jemputan dari wakil Islamic Outreach ABIM utk hadiri kursus Mosque Tour Guide. aku hanya ikut sahaja kehendak Illahi. aku pergi dan aku dipinta untuk menjadi volunteer di masjid putra putrajaya. alhamdulillah. sehingga kini aku hanya membawa pelancong masuk dan keluar masjid.

natijah yang dapat diperolehi adalah kita nie hanya manusia yang lemah, kita hanya mampu merancang masa depan kita tapi Allah sahaja yang akan menentukannya. dan segala dugaan dan kegelapan yang Allah berikan pasti ada hikmahnya. oleh itu jangan cepat putus asa dan marah kepada Allah. kerna hidup kita nie lebih cantik apabila Allah menyusun kan nya kearah jalan Nya.. insyaAllah......


Jumaat, 22 Februari 2013

Sambutan Tahun Baru Cina !!

Xin Nian Quai Le... Gong Xi Fa Cai....

ini merupakan kali pertama dalam sejarah kehidupan ku sepanjang 21 tahun meraikan tahun baru cina secara langsung. sambutan ini diadakan oleh persatuan cina muslim malaysia (cawangan kuala terengganu).

pengalaman yang amat indah dan saya dapat pelajari seribu satu pengalaman kehidupan... ayoh amati kenangan dan coretan gambar-gambar...


- Mahasiswa dari UniSZA -



Pengerusi Persatuan Cina Muslim (Datin Rohana Ng & Anak Perempuannya )

 

 Tarian Naga best gilerrr & Tomeeeeiiii

 

Uncle n Auntie menjamu selera... walaupun mereka bukan Islam tapi mereka tetap meraikan dengan orang islam
 




Bergambar dulu.. baru pulang... heheheh



 



Jumaat, 28 Disember 2012

JoM JeLaJaH DuNiA tOkOh IsLaM

alhamdulillah hari ini saya dan sahabat saya telah pergi melawat petrosains di suria KLCC.. tapi kami tak masuk pameran petrosains.... kami masuk pameran Sultans Of Science. MasyaAllah.. best gilerr.. pameran tue entah la sampai bila tapi ia sangat menarik.. untuk pengetahuan anda pameran itu bermula di negara Delhi. kemudian ia pusing seluruh asia dan kini di Malaysia iaitu negara terakhir di kawasan asia. mengikut cerita yang jaga pameran tue, lepas ni pameran ini akan diadakan di bahagian europe plak.. so rugi sangat kalau tak masuk tengok jelajah sendiri dengan mata anda semua. hahah 

secara kasarnya, pameran ini adalah mengenai tokoh-tokoh Islam.. seperti ibnu battuta, ibnu sina, banu musa, ibnu haytham, ibnu jazari dan ramai lagi.. ada barang2 rekaan (replika r) tokoh-tokoh tersebut.. anda dapat lihat kecanggihan penciptaan barang-barang zaman dulu... bagaimana terciptanya angka (NOMBOR).. alat-alat pembedahan, dan sebagainya... so rungi sangat kalau tak pergi..

so saya sarankan kepada sesiapa yang ada masa lapang, pergilah jenguk2 kejap... ala luangkan masa 2-3 jam sahaja dalam tue.. insyaAllah banyak input yang kami dapat... opss lupa plak, waktu operasi dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang. harga sebenarnya RM20.00 seorang tetapi kalau ada student kad hanya bayar RM8.00... ermmm murahkan???? ala apa la sangat RM8.00 nak dibandingkan dengan hiburan yang anda luangkan.. sekali sekala otak ni nak juga makanan yg berkhasiat.. so jom kita jelajah bersama. !!!!!!



Ahad, 4 November 2012

Remaja Islam Bangkitlah

assalamualaikum para pembaca blog sekalian... hari nie saya nak share satu lagu yang simple but bagi makna yg sangat mendalam.... Ayuh Bangkitlah Remaja Islam... demi Teguhkan Syiar Islam.... insyaAllah..





Seruan mulia terdengar
Menyeru kalian remaja islam
Tinggalkan kotor hidup jahiliyah
Sambutlaaah...
Bersih hidup dalam tatanan syariah
Pribadi remaja nan tegar
Perkuat iman hadapi zaman
Mulia remaja bersama islam
Sambutlaah..
Bersih hidup dalam tatanan syariah

reff.1..
Jangan ikuti gaya hidup jahiliyah
Merusak raga jiwa serta agama
Merusak pribadi keluarga negara
Ayo luruskan dengan islam
Citra remaja islam agung nan mulia
Kuat aqidah patuh terapkan syariah
Bersama berdakwah merindukan khilafah
Ayo bangkitlah remaja islam 2x

nanana.. nanana..