Selasa, 25 Oktober 2011

sEkIrAnYa MeNcArI cInTa !!

Bab cinta merupakan satu topik yang sangat hangat di kalangan anak-anak muda... tak kira la dibangku sekolah mahupun di universiti pasti perasaan cinta ini berdetup detap dalam hati anak muda semua.. tetapii pernahkah kita terfikir bahawa siapa yang mencipta perasaan itu??? bagaimana kita boleh bercinta dengan makhluk sedangkan kita tak kenal penciptanya... pelikkan !! bagaimana kita nak guna sesuatu barang kalau kita tak tahu apa menda asal usulnya barang tue.. its same.. perasaan cinta nie memang tak dapat dinafikan... memang fitrah seorang manusia... tapi tak semestinya kita kena tunduk dekat perasaan cinta duniawi nie.. oleh itu mari kita renung-renungkan...







semoga video ini cukup membuka mata dan hati anak muda tentang cinta..... insyaAllah...

kEnApA tAk HaRgAi ??



dulu masa kecik-kecik... kita selalu minta kat mak itu.. kat ayah ini... nak apa just cakap je... nanti mak n ayah akan belikan.. bila kita tak tahu sesuatu.. mak dan ayah la tempat yang pertama kita akan cari.. bila kena buli dengan kawan-kawan.. kita menangis di pangkuan ibu... bila tak ada duit... kita menangis di pangkuan ayah... bila kita berjaya, mak dan ayah ketawa riang siap sanggup bawa kita pergi jalan-jalan dan beli kat kita apa yang kita nak.. walaupun masa tu ekonomi keluarga kritikal.. tapii demi anak, ayah dan mak sanggup ikat perut.. janji dapat melihat senyuman seorang anak...

tapi kini, bila kita sudah ada awek or bini, habis... hilang semua kisah ayah dan ibu... bagaikan kita keluar dari satu penajara dan membina hidup baru.. ketika itu, susah dan senang kita hanya dikongsi bersama si dia... tak kira dalam kesengan mahupun kesusahan... ibu dan ayah nie bagai satu beban jeee bagi kita masa tue.. sebab nak kena jaga... kadang-kadang kena pos duit... masa tue ayah dan mak kita pula berkelakuan kanak-kanak seperti kita.. bila mak ayah dalam kesedihan.. kita adalah tempat penawar duka lara mereka.. tapi ketika itu... kita dah berubah.. kita anggap ia sebagai bebanan.. sedangkan mak dan ayah dah belabur kat kita berjuta-juta wang... kasih dan sayang mereka mengalir bagaikan air sungai yang deras... jasa mereka ketika itu bergunung tinggi... tapiii kenapa si anak mudah lupa semua itu.. sanggup biarkan mak dan ayah menangis kerna rindu kepada kita.. kenapa kita lupakan mereka ???

wahai anak-anak, jangan lah sesal di hari kemudian.. sesungguhnya, mak dan ayah merupakan aset yang paling penting dalam hidup kita... tanpa mereka, mungkin kita bagai manusia tiada panduan... jagalah mereka... jangan biar air mata kekesalan yang mengalir di kemudian hari...

Air Mata Seorang Lelaki


Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.


Rasulullah S.A.W telah bersabda:

"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata:

"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari Kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jathiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh lima ratus tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan:

"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata:

"Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata,:

"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W meraihnya. Berkata Jibril A.S.:

"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."

Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S:

"Wahai Jibril, apakah air itu?"

Maka Jibril berkata:

"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W:

" Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Isnin, 24 Oktober 2011

SaHaBaT....



Sahabat,

biarkan kepahitan itu pergi,

agar kemanisan mengisi,

biarkan kekecewaan berlalu,

agar kegembiraan mewarnai...

biarkan kegelisahan lenyap,

jangan kita hilang semangat...

biarkan penderitaan itu menyapa,

agar kekuatan kita jana semula,

biarkanlah diri ini derita...

agar saya tahu kepahitan derita ini,

agar saya sedar kesengsaraan ini tak sama,

bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah S.A.W


Angin.....

jika kau berhembus lembut melaluinya,

katakan padanya...

saya sahabat dia selamanya..


Air...

jika kau mengalir disisinya....

khabarkanlah pada nya...

saya memohon maaf atas sgalanya....


Bunga...

jika kau tumbuh mekar disampingnya..

kau kirimlah wangian tanda terima kasih

atas kehadirannya...


Burung....

jika kau terbang melintasinya...

sampaikan kataku ini kepadanya..

saya teramat sayang dan rindu padanya...


sahabat.......