WaRkAh iNi TuLuS dArI hAtI sEoRaNg hAmBa....
Bismillahirrahmanirahim... assalamualaikum w.b.t,
Ya Allah, ampunkanlah segala dosa silam ku.... ampunkanlah segala kejahatan-kejahatn ketika zaman kecilku... Ya Allah, kau tabahkanlah hati ku ini dengan segala dugaan dan cabaran dunia yang fana ini ya Allah.. aku tahu, hinanya diriku ini... aku tahu bahawa aku penuh dengan dosa... tapi, susahkah untuk orang lain memaafkan aku?? betapa remuknya hatiku sebagai seorang pelajar apabila tidak diendah oleh guru didiknya sendiri... adakah aku nie hina sangat?? aku tahu, aku tidak sepandai yang lain... aku tahu pencapaian aku biasa-biasa sahaja.. tapii kenapa cikgu sanggup buat saya macam nie? saya tahu saya pernah buat salah dengan cikgu dahulu.. sukarkah untuk cikgu memaafkan saya... ??
cikgu, sekiranya kehadiranku ini hanya bagaikan lalat yang bertebangan.. maafkan saya.. saya janji, saya akan tebus kembali segala dosa saya.. tapi hanya satu saya pinta dari cikgu, jangan bencikan saya.. saya mohon... maafkan saya... walau apa pun.. saya tetap menyangi cikgu seperti ibu saya sendiri... saya sayang cikgu hingga akhir hayat saya...
_surat ini bagaikan nukilan seorang pelajar yg dalam kesedihan_
mohon ambil iktibar besama..
Memaparkan catatan dengan label Fakta hakiki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fakta hakiki. Papar semua catatan
Jumaat, 4 November 2011
Rabu, 24 Ogos 2011
Pemakaian Islam Di Baratkan
kini kita didedahkan dengan pelbagai fesyen-fesyen yang terkini dimana tampak anggun dan unggul pabila memakainya... dengan tudung arini nya... sehingga kan boleh dikatakan 80% muslimat di malaysia memakinya kerna mudah dan cepat.. sehingga wujudnya satu drama berjudul tudung ekspress... menceritakan betapa mudahnya untuk memakai tudung hanya serlup sahaja tlah dikira tutup aurat... tak salah nak pakai tudung ekspress tapii biarlah ia labuh dan menutup bahagian dada anda !! sedikit demi sedikit pemakaian islam di baratkan... sedarkah muslimat semua????
pertama sekali saya sentuh bab tudung yang dibaratkan... iaitu wujudnya tudung singkat!! tidak menutup bahagian dada.. lalu adanya perhiasan yang sepatutnya para wanita tidak memakainya di khalayak ramai kecuali suami... saya beri anda contoh-contoh tudung yang dibaratkan...

besar nyee bunga kat tudung, tak berat kew??

cantik ke tunjuk leher dan dada tuee???
mengapa tudung kini bagaikan hiasan semata.. bagaikan syarat sahaja... tapi tidak mengikut syariat yang sbenar di mana harus tutup kawasan2 menggoda... pabila dah pakai tudung macam nie kesian kat suami... tak rasa kemanisan seorang isteri kerna sebelum ni ramai dah lelaki melihat susuk tubuh badan isterinya.... mana keistimewaan isteri terhadap suami????
apa salahnya pakai tudung sebegini...:-
"simple make perfect "
ada je tudung ekspress yang labuh tapiii kenapa tak leh nak beli n pakai..
renungkan wahai muslimat !!
Jumaat, 4 Februari 2011
Kerajaan tanggung kos bawa pulang 11,000 rakyat Malaysia

KOTA KINABALU: Seramai 3,600 rakyat Malaysia, terutama pelajar di Mesir sudah dibawa keluar dari Kaherah dan Iskandariah ke Jeddah, Arab Saudi setakat tengah malam tadi waktu tempatan (kira-kira jam 6 pagi ini waktu Malaysia) menerusi 10 penerbangan.
Mereka yang berjaya dibawa keluar setakat jam 12 tengah malam itu, termasuk 365 penuntut yang menaiki penerbangan sulung pesawat Boeing 747 MAS MH 8010 dari Kaherah ke Jeddah jam 6.15 petang kelmarin dan diberikan visa semasa tiba (VOA) oleh Kerajaan Arab Saudi.
Di SEPANG, BERNAMA melaporkan, sekurang-kurangnya 50 rakyat Malaysia pelbagai golongan termasuk pelajar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, atas perbelanjaan sendiri melalui pelbagai penerbangan termasuk EgyptAir, Etihad Airways, Gulf Air dan Saudi Arabian Airlines.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata penerbangan membawa rakyat Malaysia dari Kaherah ke Jeddah semalam membabitkan dua pesawat MAS, masing-masing jam 10.25 pagi (waktu tempatan) dan 7.50 malam serta dua pesawat Airbus 320 AirAsia pada jam 4.30 petang dan 12 malam.
Dua pesawat C130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan tiga penerbangan, masing-masing jam 3 petang, 7 malam dan 10 malam. Sebuah lagi pesawat C130 TUDM melakukan penerbangan dari Iskandariah ke Jeddah jam 3 petang, 7 malam dan 10 malam.
“Kapal Bunga Mas 5 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Aden pula dijangka berlabuh di Pelabuhan Suez jam 4 petang esok (hari ini) dan mampu membawa kira-kira 500 orang. Operasi membawa keluar lebih 11,000 rakyat Malaysia di Mesir dijangka selesai Isnin ini,” katanya pada sidang media, di sini semalam.
Mengenai rungutan pihak tertentu, terutama ibu bapa dalam laman sosial Facebook mendakwa anak mereka akan dikenakan bayaran tambang penerbangan dari Jeddah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Anifah berkata, perkara berkaitan kos bukan keutamaan kerajaan sekarang.
Beliau juga kecewa dengan tuduhan bahawa kerajaan lewat membawa keluar rakyat Malaysia sedangkan Wisma Putra sudah memohon hak pendaratan sebelum situasi keselamatan di Mesir meruncing, tetapi ditolak pihak berkuasa negara berkenaan dengan alasan Kerajaan Mesir mampu mengawal keadaan.
“Hanya bila tahap merah, Mesir baru beri hak pendaratan, malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga baru nak bawa keluar kakitangannya semalam (kelmarin). Amerika Syarikat juga berbuat demikian semalam (kelmarin),” katanya.
Di KAHERAH, Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohillan Pillay, berkata kerajaan menanggung semua kos untuk membawa keluar rakyat Malaysia di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi serta penghantaran pulang mereka ke tanah air, sekali gus menafikan tuduhan bahawa rakyat Malaysia perlu membayar tambang.
“Ini tohmahan tidak berasas, kita tak kenakan sebarang bayaran... rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang semua dibantu kerajaan keluar dari Mesir. Kecuali ada yang beli tiket penerbangan sendiri, itu kita tak boleh halang. Tak kira pelajar tajaan kerajaan atau tidak, semua kita jaga dan tanggung segala kos pengangkutan.
“Cuma operasi untuk bawa keluar rakyat Malaysia di Mesir ke Jeddah dilakukan secara berperingkat. Bagi rakyat Malaysia yang bekerja di Kaherah, kebanyakannya sudah pulang melalui penerbangan ditaja syarikat masing-masing,” katanya ketika dihubungi.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail, ketika dihubungi turut memberi jaminan sama seperti Kohillan berhubung aspek kos dan menasihatkan rakyat Malaysia yang mempunyai waris atau anak di Mesir supaya tidak terpedaya dengan khabar angin kononnya kerajaan akan mengenakan bayaran bagi tujuan berkenaan.
“Tolonglah... hentikan sebar khabar angin seperti yang ada dalam blog dan internet, ia perbuatan tidak bertanggungjawab. Segala yang kerajaan lakukan adalah untuk rakyat kita,” katanya.
Beliau menambah, pelajar Malaysia yang dipindahkan ke Jeddah tidak mengalami trauma melampau kerana kerajaan sudah mengingatkan mereka konflik di Kaherah bukannya peperangan, sebaliknya tunjuk perasaan rakyat terhadap politik domestik Mesir.
Di GEORGETOWN, seorang bapa, Ismail Walat, 32, mendakwa ada individu mengaku wakil Wisma Putra meminta wang kononnya untuk menampung kos membawa pulang anaknya dari Mesir melalui Jeddah ke tanah air.
Beliau yang khuatir ia perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan meraih untung dan memburuk-burukkan kerajaan, mendakwa individu itu menghubungi rakannya dan meninggalkan pesan supaya beliau membiayai perbelanjaan itu kerana kerajaan hanya menanggung kos perjalanan dari Mesir ke Jeddah.
Rabu, 21 April 2010
Hikmah Sujud...

Sujud ketika solat ialah waktu yang paling hampir antara seorang hamba dengan Allah SWT. Allah berfirman dalam surah al-hajj ayat 77 yang bermaksud:"Hai orang yang beriman, rukuk dan sujudlah..." sujud tidak dinafikan mempunyai beberapa manfaat dari segi perubatan, antaranya:-
- melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing)
- mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
BERNAFAS KETIKA SUJUD AKAN:-
- membetulkan buah pinggang yang tekeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan bahagian peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia.
- mengurangkan sakit senggugut bagi wanita ketika haid.
- melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan kepada pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelviks
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut, ia juga akan hindar dari penyakit seperti apoplexia rupture of blood vessel.
Rabu, 7 April 2010
Cabaran Wanita single Di Mata Masyarakat

wanita-wanita single di luar sana sering dipandang sinis oleh wanita-wanita yang telah berumah tangga. kendatipun, mereka juga diberi pelbagai tanggapan oleh masyarakat zaman sekarang yang gemar berfikiran negatif.. oleh itu, wanita-wanita single perlulah sentiasa memelihara diri dari tanggapan negatif masyarakat. antara cabaran mereka ialah:-
- Dianggap sebagai penggoda suami orang.
- Terlalu berharta menyebabkan lelaki takut untuk menghampiri.
- Terlalu memilih.
- Susah senang terpaksa tanggung sendiri.
- Sunyi sekiranya di tinggal sendirian.
- Sakit pening tiada siapa yang tahu.
- Siapa yang nak jaga bila dah tua.
- Siapa jadi pewaris harta selepas meninggal dunia
- Dia tidak ada tanggungjawab, biarlah dia jaga ibu bapa kita yang dah tua di kampung- komen adik beradik yang lain.
- Menjadi tempat peminjaman wang.
info ini diambil daripada keratan akhbar iluvislam...
Selasa, 6 April 2010
25 Kalimah Larangan

Isu pengharaman penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald The Catholic Weekly masih hangat dibicarakan. Isu ini adalah isu sensitif di kalangan masyarakat beragama islam ekoran kebimbangan mereka jika ia boleh mengelirukan akidah masyarakat agama islam pada masa akan datang. Hangat dibicarakan sama ada lisan mahupun bertulis serta alam maya. Kini diumumkan mengenai 25 kalimah yang telah dilarangkan oleh masyarakat bukan islam menggunakannya sama ada secara lisan mahupun bertulis. Kalimah ini diharamkan oleh beberapa negeri seperti selangor, pahang,kelantan dan melaka. Mengikut seksyen 9(1)enakmen itu, adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa jika ia menghasilkan sesuatu tulisan ataupun ucapan dengan menggunakan perkataan itu atau variasinya untuk menyatakan fakta kepercayaan , idea, konsep, perbuatan dan aktiviti dengan man-mana agama bukan islam. Kalimah tersebut ialah:-
- Allah
- Firman Allah
- Nabi
- Mubaligh
- Syariat
- Wahyu
- Mufti
- Kaabah
- Hadis
- Rasul
- Iman
- Ibadah
- Fatwa
- Haji
- Kiblat
- Ilahi
- Injil
- Ulama
- Khalifah
- Wali
- Syeikh
- Imam
- Dakwah
- Solat
- Baitullah
Langgan:
Catatan (Atom)





