Sabtu, 6 Julai 2013

Kenapa Tak Bersyukur ??

Kadang kala manusia bila ditimpa musibah, selalu jatuh tersungkur bagaikan kehilangan segala-galanya. andai ditimpa sakit, pasti mengeluh sepanjang masa. menjerit-jerit kesakitan... marah sana-sini. yang manusia tahu hanya menunding jari pada Allah. " Ya Allah, kenapa kau berikan dugaan seberat ini? mengapa kau buat aku begini, setelah siang dan malam aku bersujud padaMu ya Rabb, kenapa kau berikan kesusahan pada ku?? kenapa ? kenapa aku Ya Illahi.??". itulah yang selalu mereka rintihkan. sama seperti saya yang sering menimpa kesakitan dan dugaan.

pada suatu ketika, saya terdengar kuliah di TV yang menceritakan tentang BERSYUKUR !! beliau kata, "kenapa kau tak bersyukur dengan apa yg kau ada? Allah hanya memberi sedikit ujian pada kita untuk lebih dekat denganNya. kenapa harus kita merungut? sepatutnya kita bersyukur kerana Allah masih memberi nikmat MATA untuk melihat ciptaanNya, andai kata sakit kaki, Allah masih memberi nikmat makan dan tangan untuk melakukan kebaikan. apa lagi yang kau mahu wahai insan??? " kata-kata yang ringkas sebegitu menyentap hati dan perasaanku. berlenang air mata jatuh ke bumi.

Bila aku merenung diriku sendiri, aku masih boleh makan, bercakap, melihat, cuma badan saja yang kesakitan membuatkan aku sukar untuk bergerak dan melangkah. apa lagi yang aku inginkan. kata beliau juga, sahabat dahulu pernah berdoa sedemikian, "Ya Allah, tempatkanlah aku di dalam golongan yang sedikit, AMIN". lalu aku terfikir, apa yang dimaksudkan dengan doa tue, aku terus menanti jawapan dari penceramah, lalu beliau berkata golongan yang sedikit ini adalah golongan yang bersyukur. kerna ramai orang susah untuk bersyukur dengan apa yang dia ada. bila dapat ganjaran dan habuan baru nak bersyukur....

kadang2 aku terfikir, adakah aku nie berguna pada keluarga ku? dah la tak boleh nak keje, asyik sakit sahaja. kadang2 aku rasa semakin besar nie aku semakin susahkan ibu bapa aku. kawan-kawan ku rancak mencari rezki tapi aku hanya duduk menyepi... sampai satu ketika aku persoalkan Allah dengan berbagai2 soalan yang menggambarkan aku tak bersyukur, lalu aku menangis, kerna aku takut andai aku tak dapat menjadi GOLONGAN YANG SEDIKIT itu... sedih berganti sedih.

wahai sahabat2 sekalian, gunalah nikmat kesihatan anda untuk teruskan berdakwah dan berjuang mencari rezki yang halal. Bersyukur dengan apa yang kita perolehi..

Hasbunallah Wa Nikmal Wakil.... Kalimah yang sentiasa kuungkap bagi menenangkan jiwa aku...