Jumaat, 12 Februari 2010

jAuHi ViRuS CoUpLe


anak-anak muda kita sekarang suka bercouple... couple ini menjadi trend dalam kehidupan seharian mereka.. patutkah hal sedemikian berlaku?? budaya couple yang dibawa dari barat ini memang berkesan pada hati remaja.. sudah pasti orang yahudi GELAK BESAR apabila VIRUS COUPLE ini berjaya.... apa gunanya couple??? bukan kah Allah menyuruh kita berkahwin?? kenapa nak couple??? ramai yang pandang remeh tentang hal ini tapi VIRUS ini sebenarnya kunci utama untuk menghancurkan kehidupan anak muda kini.


Kenapa tak boleh couple??? sebab dalam virus couple ni penuh dengan isi-isi dosa... yang di mana isi-isi dosa itu akan membawa kita teruss ke neraka jahanam... contohnya banyak sangat, kita mula dengan contoh bermesej. apabila kita mesej dengan kekasih kita berdua-duaan sudah pasti ada orang ketiga iaitu syaitan untuk menggoda kita.. dalam mesej tu kita cakap benda yang sia-sia cth: " ayang sayang saya x??" " baby dah makan?? nak abg suapkan?" itu lah contoh ayat yang sia-sia dalam mesej anak remaja kita sekarang... selepas kita mesej sudah pasti kita akan terbayang-bayangkan kekasih kita ka.. apabila kita bayang akan kekasih kita maka di situ telah secara automatik kita ZINA HATI....


apabila pasangan couple keluar di pekan, ketika bersiar-siar di jalanan sudah pasti mereka akan berpegangan tangan antara satu sama lain.. ala nak tunjuk SWEET COUPLE la konon... ada yang pegang tangan... ada yang peluk badan... ada yang pegang sana sini.... SEE....ini lah yang remaja couple sering lakukan... apabila mereka berkelakuan sedemikian, maka mereka tergolong dalam golongan manusia yang berZINA TANGAN....


kalau dah pegang-pegang... raba-raba sana sini ikut sesuka hati sudah pasti kekasih itu akan cair tambahan pula dengan curahan asid syaitan mmm lagi la macam-macam boleh jadi..tak cukup berpegang-pegang... CIUM sana-sini pula....aduh!!!! apa la nak jadi dengan remaja zaman sekarang??? YA ALLAH..... bila mereka dah cium maka mereka telah melakukan ZINA MULUT...


cium pipi... cium mulut... cium sana.. cium sini..... lama-lama dapat green light buat yang seterusnya.. bila dah mula cium-cium tu hampeh la... mesti jatuh ke lembah maksiat... masa berzina semuanya best... bila perempuan dah kembung perut sapa nak tanggung??? lelaki tadi?? jangan harap la.. ini dikira ZINA BADAN.. semasa berzina semua ini sudah pasti melihat segala aurat kekasih nya... bila dah tengok aurat orang bukan mahram nie kira nya ZINA MATA la...


ape yang best couple?? saya pun pernah couple tapi saya rasa nothing special ini this viruss... menjahanamkan lagi ada la...apabila couple macam-macam fitnah boleh berlaku... kita susah fokus dalam kehidupan apabila bercouple kerana fikiran ini hanya terbayang akan Si Dia....Firman Allah ada tercatat " JANGAN MENGHAMPIRI ZINA KERANA IA ADALAH PERBUATAN YANG KEJI DAN JALAN SESUATU YANG BURUK". apa guna nya kita bersusah payah menjaga cinta manusia?? sedangkan cinta Allah iaitu pencipta kita abaikan... remaja sekalian bangunlah dari tidur mu yang fana itu....

BeRuBaH kE TaK ErK??!!??


ade sesetengah remaja takut nak berubah... sifat dan hatinye ingin berubah tapi takutt takut ape?? takut kawan2 ketawa... takut kene kutuk... takut hilang kawan dan sahabat.... biarlah hilang semua tu janji kita hampir kepada Allah... kesian..kesian sungguh anak remaja sekarang... tak reti nak guna perasaan takut.. kenapa tak takut Allah?? kenapa tak takut Azab Allah?? sebaliknya mereka hanya takut benda-benda duniawi.. rugi sangat kalau kita takut.. muslimin dan muslimat tahutak.. perasaan nak berubah itu datang yg dari Allah.. kadang2 perasaan itu adalah hidayah dari Allah... rugi kalau kita tak ikut kata hati untuk berubah.. sebab bukan senang hati ini hendak berubah...... takutlah pada akhirat kerana ia nya adalah kekal sedangkan dunia ini hanyalah sementara sahaja... biar hilang sahabat demi Allah... biar hilang harta kerana Allah... kerana itu adalah satu pengorbanan seorang hamba kepada Allah.... jangan ragu-ragu kalau hendak berubah ke arah kebaikan... tak rugi kita jadi orang yan g baik malah di sanjung tinggi oleh masyarakat... tak guna kita kuat dan bengis tetapi tak ada ilmu kerana kini ilmu menjadi raja di dalam kehidupan......sedarlah wahai saudara-saudari semua.....

Selasa, 9 Februari 2010

kenapa nak malu???


sekira kita renung dengan teliti sikap remaja kini semakin pelik dan meghairankan. tahu kenapa saya kata menghairankan??? kerana remaja kini kebanyakkan nya malu tidak kena pada tempatnya. berpegang tangan, berpeluk-pelukan dengan orang bukan mahram, berzina tak kira waktu, mencuri harta orang lain, melawan cakap cikgu dan ibu bapa, tinggalkan solat dan lain-lain TAK MALU!! tapi apabila disuruh melakukan kebaikan MALU!!!!! kenapa???? kenapa remaja kini malu melakukan kebaikan? semuanya kerana mereka malu tidak kena pada tempatnya, hal ini juga kerana mereka tak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk dan ia juga kerana mereka tidak menjaga hubungan mereka dengan Allah. apabila mereka melakukan perkara yang dimurkai Allah maka semakin jauhlah mereka dengan Allah. lagi menyedihkan....lagi mendukacita apabila terdapat segelintir anak remaja malu mengikut sunnah Nabi Muhammad Rasul junjungan kita... sedih sangat apabila disuruh melakukan atau ikut sunnah dengan selambanya mereka kata malu... WAHAI ANAK REMAJA!!!! lupakah dikau bahawa Nabi Muhammad telah menggadai nyawa baginda demi kita.... segala kesenangan yang kita nikmati ini adalah atas titik peluh dan usaha keras Nabi Muhammad... lupakah kita tentang jasa-jasa baginda??? baginda sanggup dimaki, dihina, dipukul demi menjaga daulah islamiah yang kita nikmati kini... sehinggakan semasa baginda nak wafat masih menyebut nama-nama kita "umati...umati...umati..." lupakah dikau???? sedarlah dari tidur fana mu itu... bangkitlah dengan semangat menjaga daulah islamiah.... ingat!! malu biar bertempat!!!!

Isnin, 8 Februari 2010

SaHaBaT SeJaTi


sahabat adalah insan yang paling hampir dengan kita ketika di sekolah. Sahabat lah tempat kita bermanja, berkongsi cerita suka dan lara, tempat berkasih sayang dan sahabat jua kadang kala memberi panduan dalam hidup kita... Sahabat yang sejati adalah sahabat yang sanggup mengorbankan dirinya untuk kebahagian kita, yang akan menegur kita apabila kita melakukan kesalahan, dan sahabat sejati pasti akan mendoakan kebahagiaan dan kejayaan kita. adakah anda punyai sahabat sejati??? sebelum kita mencari sahabat sejati. kita sebagai insan yang bergelar sahabat jua perlu memberi contoh dan tauladan yang baik. jangan sesekali kita mengambil kesempatan dengan kebaikkan sahabat kita. sahabat yang soleh pasti akan membawa kita kejalan Allah... dan membawa kita jauh dari maksiat durjana.. jangan salah pilih sahabat wahai saudara..... dan jangan sesekali kita lupa jasa sahabat kita walaupun sekecil dan sehalus pasir... INGAT!!!!!!!

Apa Gunanya Hidup???


setelah meniti beribu jalan yang berliku, baru lah aku sedar bahawa
erti kehidupan yang berguna.. apa gunanya hidup sekiranya tanpa keredhaan Allah??
kehidupan kita akan berada di awang-awangan tanpa keredhaanNYA, sekejap ke utara dan sekejap ke selatan.... kita hidup di dunia yang fana ini hanya untuk beribadah kepada Allah dan sentiasa mencari keredhaan Illahi.... kadang-kadang kita akan berasa lemah dan hina, kerana apa?? kerana kita tidak dapat menghayati kehidupan yang hakiki. Apa gunanya hidup kita ini sekiranya penuh dengan dosa noda?? kita juga sering dengar pepatah ini " keredhaan Allah terletak kepada keredhaan kedua ibu bapa." oleh itu, sebelum kita mencari keredhaan ALlah kita perlulah mencari keredhaan ibu bapa dahulu. kenapa kita kena mencari keredhaan ibu bapa? ini kerana mereka telah menjaga, mendidik, mengasuh kita hingga kita menjadi insan dan manusia yang sebenar. Bukan susah untuk mencari keredhaan ibu bapa, kita hanya perlu taat serta hormat kepada ibu bapa kita. Dan bukan susah pun kalau nak mencari keredhaan Allah, kita hanya perlu amalkan konsep "amar makruf nahi mungkar" dalam hidup kita. ikut segala perintah Allah dan jauhi segala larangan NYA......