Jumaat, 28 Disember 2012

JoM JeLaJaH DuNiA tOkOh IsLaM

alhamdulillah hari ini saya dan sahabat saya telah pergi melawat petrosains di suria KLCC.. tapi kami tak masuk pameran petrosains.... kami masuk pameran Sultans Of Science. MasyaAllah.. best gilerr.. pameran tue entah la sampai bila tapi ia sangat menarik.. untuk pengetahuan anda pameran itu bermula di negara Delhi. kemudian ia pusing seluruh asia dan kini di Malaysia iaitu negara terakhir di kawasan asia. mengikut cerita yang jaga pameran tue, lepas ni pameran ini akan diadakan di bahagian europe plak.. so rugi sangat kalau tak masuk tengok jelajah sendiri dengan mata anda semua. hahah 

secara kasarnya, pameran ini adalah mengenai tokoh-tokoh Islam.. seperti ibnu battuta, ibnu sina, banu musa, ibnu haytham, ibnu jazari dan ramai lagi.. ada barang2 rekaan (replika r) tokoh-tokoh tersebut.. anda dapat lihat kecanggihan penciptaan barang-barang zaman dulu... bagaimana terciptanya angka (NOMBOR).. alat-alat pembedahan, dan sebagainya... so rungi sangat kalau tak pergi..

so saya sarankan kepada sesiapa yang ada masa lapang, pergilah jenguk2 kejap... ala luangkan masa 2-3 jam sahaja dalam tue.. insyaAllah banyak input yang kami dapat... opss lupa plak, waktu operasi dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang. harga sebenarnya RM20.00 seorang tetapi kalau ada student kad hanya bayar RM8.00... ermmm murahkan???? ala apa la sangat RM8.00 nak dibandingkan dengan hiburan yang anda luangkan.. sekali sekala otak ni nak juga makanan yg berkhasiat.. so jom kita jelajah bersama. !!!!!!



Ahad, 4 November 2012

Remaja Islam Bangkitlah

assalamualaikum para pembaca blog sekalian... hari nie saya nak share satu lagu yang simple but bagi makna yg sangat mendalam.... Ayuh Bangkitlah Remaja Islam... demi Teguhkan Syiar Islam.... insyaAllah..





Seruan mulia terdengar
Menyeru kalian remaja islam
Tinggalkan kotor hidup jahiliyah
Sambutlaaah...
Bersih hidup dalam tatanan syariah
Pribadi remaja nan tegar
Perkuat iman hadapi zaman
Mulia remaja bersama islam
Sambutlaah..
Bersih hidup dalam tatanan syariah

reff.1..
Jangan ikuti gaya hidup jahiliyah
Merusak raga jiwa serta agama
Merusak pribadi keluarga negara
Ayo luruskan dengan islam
Citra remaja islam agung nan mulia
Kuat aqidah patuh terapkan syariah
Bersama berdakwah merindukan khilafah
Ayo bangkitlah remaja islam 2x

nanana.. nanana..

Selasa, 16 Oktober 2012

Jadilah Orang Yang Baek II

Bismillahirrahmanirrahim... ini merupakan sambungan artikel "JADILAH ORANG YANG BAEK !". ingin saya berkongsi bersama sahabat semua satu kisah di mana dua orang pelajar yang mengikuti kursus pengajian islam dakwah. mereka berada di tahun akhir pengajian mereka. suatu hari mereka berdua mendapat surat amaran dari pensyarah mengenai ketidakhadiran mereka ke kelas sebanyak empat kali dan mereka dipanggil berjumpa dengan ketua jabatan mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut. tetapi dengan sikap mengambil ringan mereka berdua tidak berjumpa pun dengan ketua jabatan tersebut. setelah beberapa bulan berlalu, mereka di beri peringatan oleh ketua jabatan untuk temui beliau di pejabat secepat mungkin untuk selesaikan surat amaran tersebut. lalu mereka berdua mengambil keputusan untuk pergi jumpa ketua jabatan sebelum keadaan menjadi semakin teruk. sebelum pergi mereka telah menyediakan beberapa alasan untuk membela diri kerana tidak hadir ke kelas.





setelah sampai di pejabat, ketua jabatan meminta alasan kenapa mereka tidak hadir ke kelas. dengan penuh yakin mereka memberi alasan yang telah disediakan. lalu ketua jabatan tersebut hanya tersenyum lalu sandar ke kerusi lalu berkata, "kamu nie suatu hari akan menjadi pendakwah, medium penyebaran ilmu agama Islam. sekarang nie kamu berdua boleh mencipta seribu satu alasan untuk membela diri tapi ustaz takut masa depan kamu akan gelap. ustaz panggil kamu datang jumpa ustaz bukan sebab surat amaran ni tapi ustaz risau dengan sikap kamu. ustaz risau sikap yang buruk ini akan menjadi kebiasaan lalu bagaimana kamu hendak berdakwah kepada orang lain? ustaz risau sikap sambil lewa kamu... bila panggil, buat tak tahu sahaja. solat tak jaga... subuh entah pukul berapa... ustaz risau juga sikap acuh tak acuh kamu terhadap pelajaran. nak belajar datang kelas, rasa malas tak datang kelas. macam mana ilmu nak berkat kalau kamu tak menjaga hati guru. macam mana hidup nak berkat kalau kamu tak amanah dalam hidup. ibu bapa amanah kan kamu datang universiti untuk belajar menuntut ilmu tapi kamu tak hadir ke kelas. kamu tak jaga amanah ibu bapa kamu dengan baik. bagaimana amanah kamu terhadap guru... guru minta kamu hadir ke kelas tapi kamu tak hadir... kalau dengan manusia kamu tak boleh menjaga amanah bagaimana kamu nak jaga amanah kamu dengan Allah????"

dua orang pelajar tersebut hanya tunduk sayu penuh keinsafan. ustaz diam seketika. lalu ustaz dengan nada perlahan berkata "bagaimana kamu nak jadi seorang daie kalau sikap kamu yang buruk ni masih berleluasa dalam diri kamu." ustaz diam lalu mencapai telefon dan melihat jam tangan seolah-olah ada urusan lain lagi hendak diurus. ustaz berkata dengan penuh kasih sayang " ustaz cuma menjalankan tanggungjawab ustaz. pohon kamu berdua menjalankan tanggungjawab kamu dan jadi saksi bahawa ustaz telah menjalankan amanah ustaz dengan Rasulullah iaitu memastikan anak buah sentiasa di jalan Allah... jadilah orang yang baik.. Assalamualaikum" ustaz beredar meninggalkan dua pelajar tersebut.

mereka berdua terdiam kaku sambil bangun dan berjalan kerah kereta untuk pulang. dalam perjalan pulang, mereka hanya berdiam diri sambil berfikir kembali apa yang dikatakan ketua jabatan sebentar tadi. tiba-tiba kedengaran suara salah seorang dari mereka, "aku rasa kita patut berubah... kita patut jadi orang yang baek.." "ya aku pun rasa macam tue.." seorang lagi menjawab...

alhamdulillah kini mereka dalam proses kearah menjadi orang yang baik dan mereka bersyukur dengan surat amaran tersebut kerana memberi seribu satu hikmah kepada mereka. banyak pengajaran yang kita dapat ambil dari kisah ini. contohnya tentang amanah, bertanggungjawab, sikap sambil lewa dan sebagainya.... semoga sama-sama kita ambil iktibar dan muhasabah kembali.


Ahad, 14 Oktober 2012

JaDiLaH oRaNg YaNg BaEk !!!

alhamdulillah.. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... bersyukur kehadrat Illahi sebab dapat juga saya bukak blog nie kembali utk update segala informasi terkini. entry kali ini saya nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua mengenai DIRI KITA sendiri... sebelum kita melihat kesalahan orang laen... sebelum mulut ini menegur dan menghina orang laen (jangan hina org taw!!!) sebelum rasa diri itu dekat dengan Allah.. lihat kembali pada diri sendiri... berdiri dihapadan cermin lalu lihat... lihatlah diri kita.....



soalkan pada lubuk hati ini dan jawab seikhlas hati....

1.) Adakah solat aku cukup??? subuh aku jam berapa???

2.) adakah aku menjalani tanggungjawab aku sebagai anak??? sebagai pelajar??? sebagai hamba Allah??

3.) adakah aku melaksanakan amanah yang diberi padaku????

4.) adakah aku dekat dengan Allah???

5.) adakah hati aku nie bersih dari dosa???

6.) Adakah aku Islam atau sekadar di atas kad pengenalan sahaja???

jawablah satu persatu dengan ikhlas... seandainya markah Ya anda atas daripada 5 alhamdulillah... tapi seanadainya tidak... ayuh perhatikan dan muhasabah kembali....

sambungan..... entry bersambung... jawab dahulu soalan2 beikut....

Jumaat, 30 Mac 2012

Carta Top 3 Motivator Islam Terbaek !!






tempat pertama :- Ustaz AZHAR iDRUS

TEMPAT KEDUA :- Ustaz Don

Tempat Ketiga :- Ustaz Kazim










Tenang Nya Hati Ini...

tetiba hati ini terasa tenang sangat pabila mendengar alunan zikir yang begitu merdu... hilang segala kisah sedih dan lara ku buat seketika.. terasa ringan bebanku bagaikan melepaskan semua masalah di dunia ini.. lega hati ini dapat menghembus nafas suci dan tenang... pabila mendengar zikir, hati ini bagaikan menangis teresak-esak... hati ini terasa sangat rugi kerna mengejar dunia yang tak pasti.. sedangkan akhirat menanti kita... terasa diri ini bagaikan dikayangan bahawa inilah masanya aku bersama Allah... terungkap di hati bibir "selamat tinggal dunia"..

betapa indahnya islam... dengan mendengar alunan zikir terus hati ini menjadi tenang... dengan zikir jua hati yang terluka sembuh kembali... jiwa yang merana tersenyum riang .... Subhanallah..
jom kita dengar sebentar alunan zikir...


Khamis, 26 Januari 2012

BeTaPa TaBaHnYa HaTi

menitis air mata jernih ini apabila melihat seorang wanita yang sabar menghadapi segala rintangan dan dugaan hidupnya.. pabila menjelang pagi beliau bangun dari tilamnya lalu menjerang air buat suaminya yang terlantar sakit diatas katil. memandikan suaminya.. tanpa jemu beliau melayan segala kerenah suaminya. betapa sabarnya wanita tersebut walaupun sering dimaki hamun oleh suaminya kerna kesilapan dan kesakitan sedikit... wanita itu menjaga suaminya bagaikan menjaga seorang anak kecil yang tak mampu lakukan apa-apa melainkan berkata-kata.

kadang-kala menitis jua air mata wanita itu kerna tidak tahan dek panahan kata suaminya itu tapi beliau masih lagi gigih dan akur akan kehendak suaminya.. ya memang semua manusia ada hati dan perasaan tapi wanita itu masih sedar bahawa tanggungjawab seorang isteri itu amat penting. wanita itu melayan suaminya dari pagi hingga ke malam tanpa henti. kadang-kala terlena keletihan diatas sofa kerna dek melayan suaminya itu.

bukan hendak menunding jari pada suaminya tapi aku cuba memahami keperitan yang sedang melanda suaminya itu.. mari kita lihat kisah lelaki pula. lelaki tersebut tidak mahu susah kan sesiapa tetapi apakan daya beliau hanya mampu baring kaku di atas katil sahaja kerna dek kesakitan yang melanda. aku tahu betapa tertekannya lelaki tersebut kerna terpaksa menyusahkan isteri serta anak-anaknya... tidak mampu lagi mencari rezki demi sesuap nasi buat keluarga. aku tahu betapa bosannya kehidupan nya kerna terlantang di atas katil yang tidak mampu bergerak kemana-mana.. kebosanan dan tertekan ini yang membuatkan lelaki tersebut hilang arah dan tidak dapat mengawal kemarahannya.. oleh itu isterinya yang menjadi sasaran atau tempat untuk disemburnya...

Ahad, 22 Januari 2012

Yang Mana Kau Pilih???

Dengan Nama Allah yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa !!!!!

dalam kehidupan seharian kadang-kadang kita salah memilih yang mana sepatutnya kita amik dalam intipati kehidupan. contoh yang paling mudah kita dapat lihat adalah solat berjemaah. baik, apabila kita solat bersendirian kita dapat ganjaran pahala SATU. tetapi sekiranya kita solat berjemaah kita akan dapat 27 ganjaran pahalanya... jauh sungguh bezanya... tetapi yang anehnya kenapa orang zaman sekrang lebih gemar memilih solat secara bersendirian daripada solat berjemaah..... ok. sekiranya kita pergi temuduga kerja dan kemudian boss tue tanya kepada anda nak gaji berapa RM1000 atau RM2700??? yang mana menjadi pilihan anda??? sudah pasti anda memilih RM2700... mana ada orang pilih RM1000... kalau ada sekalipun mungkin orang sakit jiwa... dalam bab perkerjaan dan duniawi kita asyik memilih ganjaran yang banyak tapi kalu bab ukhrawi kita pilih ala-ala kadar sahaja.... ada yang kata "aku dah buat nie cukup bagus dah.." mmmmmm patot ka??? renung2kan duhai sahabat semua... semoga kita tidak tergolong dalam golongan duniawii nie.. insyaAllah.....