Memaparkan catatan dengan label Cinta Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta Allah. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Mac 2012

Tenang Nya Hati Ini...

tetiba hati ini terasa tenang sangat pabila mendengar alunan zikir yang begitu merdu... hilang segala kisah sedih dan lara ku buat seketika.. terasa ringan bebanku bagaikan melepaskan semua masalah di dunia ini.. lega hati ini dapat menghembus nafas suci dan tenang... pabila mendengar zikir, hati ini bagaikan menangis teresak-esak... hati ini terasa sangat rugi kerna mengejar dunia yang tak pasti.. sedangkan akhirat menanti kita... terasa diri ini bagaikan dikayangan bahawa inilah masanya aku bersama Allah... terungkap di hati bibir "selamat tinggal dunia"..

betapa indahnya islam... dengan mendengar alunan zikir terus hati ini menjadi tenang... dengan zikir jua hati yang terluka sembuh kembali... jiwa yang merana tersenyum riang .... Subhanallah..
jom kita dengar sebentar alunan zikir...


Isnin, 15 November 2010

mArI BeRpUaSa HaRi ArAfAh (9 zulhijjah)


Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.
- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi -

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.
- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi-

Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada kelebihan.
- Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-

Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda

Isnin, 1 November 2010

Bersyukur Dan Bersabar




assalamualaikum semua saudara-saudara ku, pertama sekali saya ingin memohon seribu kemaafan kerana terlalu lama saya tak update artikel saya... kali ini saya ingin berkongsi kisah yang diceritakan kepada saya baru2 ini... kisah tentang Rasulullah s.a.w.......

isteri nabi pernah menceritakan bahawa nabi muhammad saw selalu mengamalkan satu perkara mengenai makan. dimana sehari baginda akan makan sehingga terasa kenyang... keesokan hari baginda akan berlapar seharian.... terdapat sebuah hadith yg menceritakan kisah yg lebih terperinci...

tiba-tiba terfikir... kenapa rasulullah buat demekian???? apabila di tanya, jawabnya:- hari yang aku makan trasa kenyang adalah untuk aku bersyukur dgn segala rezki yg Allah berikan padaku.. manakala hari yang kedua aku biarkan diriku kelaparan agar aku tanam sifat sabar dan redha dgn ujian Allah...

oleh itu nabi muhammad melakukan selang-seli perkara tersebut... dimana perkara tersebut akan mendidik kita rasa syukur dan sabar.... tetapi sekarang nie laen, kebanyakan manusia lupa untuk bersyukur kepada Allah apabila dia dapat apa yg dia mahukan... dan apabila dia dalam kesusahan, dia lupa untuk sabar yg diajar malah merintih dan menyalahkan takdir Allah... bersabarlah... kerana ia adalah separuh daripada iman....

sahabat2 ku semua... marilah kita sama2 menanam atau mewujudkan dua rasa hebat ini iaitu syukur dan sabar dalam diri kita. agar perjalan hidup kita berjalan dgn lancar dan insyaAllah peroleh keredhaan Allah ..... amin....

Ahad, 7 Mac 2010

cinta kepada siapa??


Cinta adalah salah satu daripada kurniaan Allah kepada manusia. Ruang lingkup cinta terlalu luas sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta makhluk kepada Yang Maha Esa adalah cinta yang paling agung diantara segala cinta.Kerana itulah para syuhada menentang musush dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan kerana cinta kepada Allah.Cinta Rasulullah s.a.w kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda di baling batu oleh orang-orang taif. Sewaktu Malaikat Jibrail bertanya kepada baginda apakah baginda ingin Allah menurunkan bala kepada penduduk taif.Baginda menyatakan bahawa mereka belum mengenal kebenaran malah baginda mendoakan agar hati mereka terbuka untuk menerima syiar islam.


dalam hubungan manusia sesama manusia, cinta memainkan peranan yang penting. Cinta seorang ibu kepada anaknya membawa ke syurga dan cinta seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak dan isteri. Cinta di antara suami dan isteri pula jelas tergambar dalam al-Quran:-


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram dengannya, dan dijadikan di antara kamu kasih sayang.sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Al-Rum.21)


namun dewasa ini, yang sering terjadi ialah hubungan cinta teruna dan dara di luar lingkungan perkahwinan, Justeru itu, apa yang terjadi adalag sesuatu yang mengaibkan. kes buang anak yang begitu heboh diperkatakan di Malaysia umpamanya adalah contoh cinta terlarang yang melanggar hukum Allah yang di tetapkan. Dalam menuju dewasa ini, minat-meminati di kalangan berlawanan jenis adalah sesuatu yang lumrah namun perasaan ini haruslah dijaga. Malangnya ramai yang terbawa-bawa dengan perasaan cinta ini hingga sanggup berkorban segalagalanyauntuk orang yang dicintai padahal si dia belum lagi menjadi suami atau isteri yang sah. Bak kata orang tua-tua :-


nasi lemak buah bidara,

sayang selasih kulurutkan,

buang emak dan saudara,

kerana kekasih kuturutkan....

Isnin, 8 Februari 2010

Apa Gunanya Hidup???


setelah meniti beribu jalan yang berliku, baru lah aku sedar bahawa
erti kehidupan yang berguna.. apa gunanya hidup sekiranya tanpa keredhaan Allah??
kehidupan kita akan berada di awang-awangan tanpa keredhaanNYA, sekejap ke utara dan sekejap ke selatan.... kita hidup di dunia yang fana ini hanya untuk beribadah kepada Allah dan sentiasa mencari keredhaan Illahi.... kadang-kadang kita akan berasa lemah dan hina, kerana apa?? kerana kita tidak dapat menghayati kehidupan yang hakiki. Apa gunanya hidup kita ini sekiranya penuh dengan dosa noda?? kita juga sering dengar pepatah ini " keredhaan Allah terletak kepada keredhaan kedua ibu bapa." oleh itu, sebelum kita mencari keredhaan ALlah kita perlulah mencari keredhaan ibu bapa dahulu. kenapa kita kena mencari keredhaan ibu bapa? ini kerana mereka telah menjaga, mendidik, mengasuh kita hingga kita menjadi insan dan manusia yang sebenar. Bukan susah untuk mencari keredhaan ibu bapa, kita hanya perlu taat serta hormat kepada ibu bapa kita. Dan bukan susah pun kalau nak mencari keredhaan Allah, kita hanya perlu amalkan konsep "amar makruf nahi mungkar" dalam hidup kita. ikut segala perintah Allah dan jauhi segala larangan NYA......