Ahad, 7 Mac 2010

cinta kepada siapa??


Cinta adalah salah satu daripada kurniaan Allah kepada manusia. Ruang lingkup cinta terlalu luas sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta makhluk kepada Yang Maha Esa adalah cinta yang paling agung diantara segala cinta.Kerana itulah para syuhada menentang musush dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan kerana cinta kepada Allah.Cinta Rasulullah s.a.w kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda di baling batu oleh orang-orang taif. Sewaktu Malaikat Jibrail bertanya kepada baginda apakah baginda ingin Allah menurunkan bala kepada penduduk taif.Baginda menyatakan bahawa mereka belum mengenal kebenaran malah baginda mendoakan agar hati mereka terbuka untuk menerima syiar islam.


dalam hubungan manusia sesama manusia, cinta memainkan peranan yang penting. Cinta seorang ibu kepada anaknya membawa ke syurga dan cinta seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak dan isteri. Cinta di antara suami dan isteri pula jelas tergambar dalam al-Quran:-


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasakan tenteram dengannya, dan dijadikan di antara kamu kasih sayang.sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Al-Rum.21)


namun dewasa ini, yang sering terjadi ialah hubungan cinta teruna dan dara di luar lingkungan perkahwinan, Justeru itu, apa yang terjadi adalag sesuatu yang mengaibkan. kes buang anak yang begitu heboh diperkatakan di Malaysia umpamanya adalah contoh cinta terlarang yang melanggar hukum Allah yang di tetapkan. Dalam menuju dewasa ini, minat-meminati di kalangan berlawanan jenis adalah sesuatu yang lumrah namun perasaan ini haruslah dijaga. Malangnya ramai yang terbawa-bawa dengan perasaan cinta ini hingga sanggup berkorban segalagalanyauntuk orang yang dicintai padahal si dia belum lagi menjadi suami atau isteri yang sah. Bak kata orang tua-tua :-


nasi lemak buah bidara,

sayang selasih kulurutkan,

buang emak dan saudara,

kerana kekasih kuturutkan....

1 comments:

Manusia Alien berkata...

bgos2...sye ske..!

Catat Ulasan