Isnin, 29 Mac 2010

salah ke aku jadi mat rempit????

remaja-remaja sekarang semakin tertarik dengan budaya yang negatif... mereka ingin tunjuk kuat... bebas hidup kesana-kesini... mereka tunjuk samseng... mereka tidak hormat akan undang-undang.. sedangkan kita telah dibentuk murni di sekolah dahulu... ramai remaja-remaja di luar sana tertanya-tanya, salah kah kalau aku merempit.. aku tak kacau orang pun.. aku x buli orang pun... sebenarnya ia bermula daripada sifat keegoan... disebabkan keegoan yang tinggi maka tercetuslah sifat-sifat yang negatif mengusai diri....

bawa motor biar pelahan asalkan selamat... kalau kita bawa laju-laju pun tak ada gunanya minyak lagi cepat habis... dan kalau kita bawa laju-laju kita berada di zon bahaya kerana mungkin akan terlibat dengan kemalangan yang ngeri.... telah banyak contoh mat rempit pecah kepala... patah kaki.. kudung sana-sini... tidak kah ada perasaan takut sekiranya kita yg terjadi sebegitu???cuba bayangkan kalau kaki kita kudung disebabkan bawa motor laju-laju.... disebabkan sikap kita yang suka bergembira itu telah mengakibatkan hilangnya kaki... sanggupkah ????





zaman sekarang pula, mat rempit nie semakin menjadi-jadi.. diorang bukan setakat kurang ajar pada mak bapak ja tapi dengan masyarakat pun diorang tak hormat langsung... macam mana negara malaysia nak menjadi contoh kepada negara lain sekiranya adab tatasusila kita masih berada di tahap 30%??? dibangku sekolah kita sering dididik tentang adab sopan terhadap manusia,alam sekitar, dan haiwan... tetapi ia bagaikan sia-sia sekiranya kita tidak mengamalkan dalam kehidupan kita...

sekiranya kita menjadi mat rempit, jangan salahkan masyarakat sekiranya mereka tidak meghormati kita kerana mat rempit ini telah dianggap sebagai sampah masyarakat yang sering mengganggu hidup masyarakat... sebab apa?? sebab pelbagai kes yang berpunca dari mat rempit... contohnya, kes ragut... kes rogol... kes pecah rumah... kes bunuh... kes dadah... oleh itu jangan sesekali salahkan masyarakat sekiranya mereka pandang enteng sahaja dengan diri kamu itu....



untuk berada di zon selamat, jauhilah dari budaya rempit.. walaupun anda x merempit tetapi jauhilah imej mat rempit... kerana dari situ jua akan timbul pelbagai fitnah.... jangan lagak macam samseng jalanan kerana Allah lebih berkuasa dari segal-galanya.... renungkanlah wahai mat rempit sekalian...

0 comments:

Catat Ulasan