Selasa, 30 Mac 2010

adakah itu sunnah???

assalamualaikum... ada follower yang bertanya tentang sunnah nabi... adakah memakai cincin dan celak itu sunnah nabi??? ramai yang keliru mengenai perhiasan terutama lelaki zaman sekarang suka memakai pelbagai hiasan sehingga nampak macam pokok krimas pun ada.. :-)

Lelaki di haramkan memakai barang-barang perhiasan wanita kerana ia bagaikan menyerupai wanita.. dah lelaki pakai la cara lelaki buat apa nak pakai macam perempuan pulak?? zaman sekarang lelaki gemar pakai gelang, rantai silver, subang dan macam -macam lagi... tidakkah mereka terfikir yang mereka itu sedang menyerupai wanita??? kalau ditegur marah pulak tetapi kalau tak ditegur berdosa pula....

baiklah, mengenai sunnah pula... memakai cincin mengikut sunnah adalah apa-apa jenis cincin yang dipakai pada jari manis.... dan memakai celak juga adalah sunnah nabi dan disamping itu terdapat kebaikan memakai celak adalah menyihatkan mata kita... banyak lagi sunnah nabi... tidur beralaskan tangan kanan dan menghadap kiblat... memakai serban... memakai jubah putih semasa sembahyang jumaat...makan manisan sebelum makan... dan macam-macam lagi....

perhatian... sunnah bukannya wajib oleh itu jangan lawan ibu bapa sekiranya mereka tidak izinkan mengikut sunnah kerana taat kepada kedua ibu bapa itu adalah wajib..... selamat beramal!!!!!

0 comments:

Catat Ulasan