Rabu, 31 Mac 2010

April Fool Jenaka Atau Fitnah???


April Fool disambut dengan penuh riang setiap tanggal 1 april ... tetapi pernahkah kita terfikir bahawa apa kah rahsia di sebalik april fool... jelas pada mata kita bahawa april fool ini juga salah satu budaya barat yang dibawa ke malaysia lalu diamalkan oleh umat islam... apabila sebut tentang budaya barat, apakah yang anda terfikir?? sudah pasti benda yang negatif dan perkara yang memberi kesan yang buruk kedalam hidup kita semua.... kenapa remaja islam kini gemar mengikut budaya barat?? dimana hebatnya orang kafir itu sehinggakan menjadikan mereka sebagai idola hati??? budaya barat nie bagaikan satu virus yang cepat merebak dan memberi kesan yang negatif... sama juga dengan valentime....... ia juga import dari barat juga..


ada yang tertanya-tanya sama ada april fool ini jenaka atau fitnah? memang kita beranggapan bahawa ia jenaka tapi dalam masa yang sama ia akan menjadi fitnah.. contohnya, ada orang mengatakan aminah mengandung, niat d hati memang nak bergurau tetapi dalam masa yang sama ia telah menjadi satu fitnah bahawa kesucian aminah itu telah hilang.. tidakkah itu fitnah namanya...


selain daripada fitnah, april fool juga menyusahkan orang... contoh ahmad bergurau dengan ali :- " wei ali ustaz suruh hantar kertas kerja hari ni" mmm ali pun dengan kelamkabut siapkan kertas kerja dan langsung hantar kepada ustaz... sedangkan ustaz tidak hadir pada hari tersebut... bukankah ia telah menyusahkan orang.....


disamping itu, april fool juga mengakibatkan perasaan dan hati sahabat kita terguris kerana kita telah menjenakakan kawan kita sendiri.. kalau kawan tak pa nie ada juga yang main april fool dengan cikgu... masyaallah.. bagaimanalah sekiranya cikgu tuu kecil hati??? tidakkah ilmu yang kita belajar itu akan hilang keberkatannya??? sahabat yang baik, sentiasa menjaga hati sahabatnya...


last skali.. april fool nie buat tambah dosa ja... bukankah berbohong itu berdosa?? dalam konteks islam, larangan supaya umat islam menjauhkan budaya april fool ini sebenarnya sudah lama diingatkan oleh Rasulullah S.A.W dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud yang bermaksud:-


" Neraka Wail bagi sesiapa yang apabila bercakap, lalu berbohong dengan tujuan untuk mentertawakan pihak-pihak tertentu. Neraka Wail dan Neraka Waillah bagi orang itu."


oleh itu, sama-sama lah kita jauhi budaya barat yang membawa kita ke kancah yang tiada faedahnya... sama-sama juga kita berdoa agar kita dijauhi daripada perkara-perkara yang dimungkariNYA.. AMIN.....

1 comments:

shahmi berkata...

citer la psl kisah ade nye hari april fool ni...rmai yg x tau sbnrnye...sye pown...

Catat Ulasan