Memaparkan catatan dengan label cinta remaja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cinta remaja. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Februari 2010

jAuHi ViRuS CoUpLe


anak-anak muda kita sekarang suka bercouple... couple ini menjadi trend dalam kehidupan seharian mereka.. patutkah hal sedemikian berlaku?? budaya couple yang dibawa dari barat ini memang berkesan pada hati remaja.. sudah pasti orang yahudi GELAK BESAR apabila VIRUS COUPLE ini berjaya.... apa gunanya couple??? bukan kah Allah menyuruh kita berkahwin?? kenapa nak couple??? ramai yang pandang remeh tentang hal ini tapi VIRUS ini sebenarnya kunci utama untuk menghancurkan kehidupan anak muda kini.


Kenapa tak boleh couple??? sebab dalam virus couple ni penuh dengan isi-isi dosa... yang di mana isi-isi dosa itu akan membawa kita teruss ke neraka jahanam... contohnya banyak sangat, kita mula dengan contoh bermesej. apabila kita mesej dengan kekasih kita berdua-duaan sudah pasti ada orang ketiga iaitu syaitan untuk menggoda kita.. dalam mesej tu kita cakap benda yang sia-sia cth: " ayang sayang saya x??" " baby dah makan?? nak abg suapkan?" itu lah contoh ayat yang sia-sia dalam mesej anak remaja kita sekarang... selepas kita mesej sudah pasti kita akan terbayang-bayangkan kekasih kita ka.. apabila kita bayang akan kekasih kita maka di situ telah secara automatik kita ZINA HATI....


apabila pasangan couple keluar di pekan, ketika bersiar-siar di jalanan sudah pasti mereka akan berpegangan tangan antara satu sama lain.. ala nak tunjuk SWEET COUPLE la konon... ada yang pegang tangan... ada yang peluk badan... ada yang pegang sana sini.... SEE....ini lah yang remaja couple sering lakukan... apabila mereka berkelakuan sedemikian, maka mereka tergolong dalam golongan manusia yang berZINA TANGAN....


kalau dah pegang-pegang... raba-raba sana sini ikut sesuka hati sudah pasti kekasih itu akan cair tambahan pula dengan curahan asid syaitan mmm lagi la macam-macam boleh jadi..tak cukup berpegang-pegang... CIUM sana-sini pula....aduh!!!! apa la nak jadi dengan remaja zaman sekarang??? YA ALLAH..... bila mereka dah cium maka mereka telah melakukan ZINA MULUT...


cium pipi... cium mulut... cium sana.. cium sini..... lama-lama dapat green light buat yang seterusnya.. bila dah mula cium-cium tu hampeh la... mesti jatuh ke lembah maksiat... masa berzina semuanya best... bila perempuan dah kembung perut sapa nak tanggung??? lelaki tadi?? jangan harap la.. ini dikira ZINA BADAN.. semasa berzina semua ini sudah pasti melihat segala aurat kekasih nya... bila dah tengok aurat orang bukan mahram nie kira nya ZINA MATA la...


ape yang best couple?? saya pun pernah couple tapi saya rasa nothing special ini this viruss... menjahanamkan lagi ada la...apabila couple macam-macam fitnah boleh berlaku... kita susah fokus dalam kehidupan apabila bercouple kerana fikiran ini hanya terbayang akan Si Dia....Firman Allah ada tercatat " JANGAN MENGHAMPIRI ZINA KERANA IA ADALAH PERBUATAN YANG KEJI DAN JALAN SESUATU YANG BURUK". apa guna nya kita bersusah payah menjaga cinta manusia?? sedangkan cinta Allah iaitu pencipta kita abaikan... remaja sekalian bangunlah dari tidur mu yang fana itu....

Rabu, 23 Disember 2009

Nak Nilai Bagus atau Hati Hangus??


Nilai bagus, siapa yang tidak ingin. Semuanya mengenai berprestasi, membawa nama sekolah dan dikenal sebagai siswa yang pintar. Tetapi posisi begini tidak mudah didapatkan. Kerana perlu keras, belajar yang tekun dan rajin mengulang pelajaran yang di berikan. Menambah waktu belajar, ikut kursus tambahan, mendatangkan guru tusyen ke rumah dan persiapan lainnya.


Harus suka membaca buku, suka berdiskusi, suka dengan hal baharu, yang akan merangsang fikiran untuk maju. Tentu sahaja segala persiapan ini tidak boleh sambil lewa. Apa lagi sambil berkasih. Keduanya adalah dua keping mata wang yang berbeza. Prestasi harus didahulukan tetapi pasangan kita pasti akan meminta perhatian.


Tidak menjawab SMS, jadi kecoh. Tidak menjawab telefon, dicurigai macam-macam. Kita dianggap kasar, tidak perhatian, sudah lupa dan berbagai tuduhan lainnya. Pasangan kita selalu ingin kita bersamanya. Menemani hari-harinya, baik hari bahagia mahupun hari dukacita. Lalu bagaimana caranya memahamkan pasangan kita apabila berada dalam kedudukan seperti itu sedang pasangan kita tidak mahu tahu masalah kita dan dia selalu menuntut haknya.


Akhirnya, kita yang kena semuanya. Hati hangus dan nilai pun bernasib sama.

Isnin, 21 Disember 2009

Pilih Konsentrasi Atau Konsekstrasi


Apakah remaja ketika berpasangan tidak memikirkan seks??
Salah satu tujuan berpasangan skarang adalah mengambil keuntungan dari sebuah hubungan, termasuk di dalamnya adalah seks. Mereka mungkin berkongsi rasa, boleh meraba dan boleh menikmati raga yang bebas biaya atas nama cinta. Atas nama cinta, seorang lelaki bisa dengan leluasa membelai rambut pasangannya, mencium pipinya, dan bahkan menyemai benih di rahimnya.
Kemuadian mereka berkata, "ini bukan yang kami inginkan." Padahal seluruh malaikat menjadi saksi ketika perzinaan itu berlangsung, akal mereka sedar dan sihat, mereka juga belum pengsan!

Terbukanya teknologi informasi membuat mereka dengan leluasa belajar hal-hal seharusnya tidak mereka pelajari. Remaja menjadi sangat pintar dalam mengekspresikan nafsu biologi. Parahnya, mereka kemudian memaknakan cinta dengan hubungan seks. Maka saat ini tidaklah menghairankan bila ditemukan banyak rakaman video yang dilakukan oleh pelajar sekolah.

Awalnya mungkin berasa menyesal luar biasa, tetapi lama-kelamaan mereka akan menjadi ketagihan. Hidup penuh dengan dosa zina, dosa yang besar dan susah taubat darinya. Mereka yang telah terbiasa berzina tidak akan berasa nyaman dalam menjalani hidup. Mereka dihantui oleh perasaan berdosa kepada Allah Yang Maha Kuasa.

Dihantui oleh kesalahan yang dibuat bersam pasangan. Perasaan ini akan muncul dan tenggelam tergantung suasana hatinya. Dalam kesendirian, dia akan mengingati Allah. Dia akan mengingati posisinjya di mata Allah.Dia berasa tidak berharga dan berlumuran dosa. Tetapi apabila dia kembali bersama pasangannya, perasaan itu akan hilang dengan sendirinya. Tidak mampu berkata TIDAK, dan sangat berat untuk sekadar MENOLAK.

Ketika kita menyemai cinta di usia sekolah, maka fikiran kita akan terpecah-pecah. Akan menjadi fokus utama, di mana pun dan bila masa pun. Saat mahu pergi sekolah, bukan pelajaran yang menjadi fikiran, tetapi, " Emm.. dia naik apa pergi sekolah erk??".

Di sekolah, guru di depan kelas tidak akan menarik perhatian kita. kita lebih asyik melihat fesyen rambutnya yang terbaru dan bagaimana nikmatnya kita memandang kekasih kita itu. Pelajaran entah hilang ke mana, konsentrasi pudar dan lenyap begitu sahaja. Kalau sudah mabuk begini, jangankan matematik, pelajaran menggambar pun mungkin tidak diterima otak kita.

Apabila waktu pelajaran selesai, bukannya kita bersiap pulang dan membantu ibu, tetapi kita asyik berlegar park motor. Menunggu pasangan kita keluar dari sekolah, untuk membonceng pulang ke rumah.
Hari-hari menonton tv, ceritanya juga garing dan membosankan hati. Lalu kita dan kawan-kawan bercerita tentang pasangan masing-masing. Kita saling membentak, saling mencaci maki satu sama lain. Urusan sekolah kita anggap menghuru-harakan sahaja. Tidak ada keinginan lagi untuk meningkatkan prestasi belajar atau memenangi kejuaraan tertentu. Cerita kita kini melulu hanya soal berpasangan dan bersosial.

Dahulu ketika bahan lucah belum tersebar luas, mungkin mudah sahaja bagi sepasang kekasih untuk berdua-duaan di tempat terbuka dan umum. Mereka melampiaskan nafsu di tempat umum yang sudah mereka anggap aman. Padahal ada kamera mengintai mereka dan merakam semua kejadian yang ada. Tersebarlah video itu dan kemudian sekolahnya kena tegur...