Rabu, 23 Disember 2009

Nak Nilai Bagus atau Hati Hangus??


Nilai bagus, siapa yang tidak ingin. Semuanya mengenai berprestasi, membawa nama sekolah dan dikenal sebagai siswa yang pintar. Tetapi posisi begini tidak mudah didapatkan. Kerana perlu keras, belajar yang tekun dan rajin mengulang pelajaran yang di berikan. Menambah waktu belajar, ikut kursus tambahan, mendatangkan guru tusyen ke rumah dan persiapan lainnya.


Harus suka membaca buku, suka berdiskusi, suka dengan hal baharu, yang akan merangsang fikiran untuk maju. Tentu sahaja segala persiapan ini tidak boleh sambil lewa. Apa lagi sambil berkasih. Keduanya adalah dua keping mata wang yang berbeza. Prestasi harus didahulukan tetapi pasangan kita pasti akan meminta perhatian.


Tidak menjawab SMS, jadi kecoh. Tidak menjawab telefon, dicurigai macam-macam. Kita dianggap kasar, tidak perhatian, sudah lupa dan berbagai tuduhan lainnya. Pasangan kita selalu ingin kita bersamanya. Menemani hari-harinya, baik hari bahagia mahupun hari dukacita. Lalu bagaimana caranya memahamkan pasangan kita apabila berada dalam kedudukan seperti itu sedang pasangan kita tidak mahu tahu masalah kita dan dia selalu menuntut haknya.


Akhirnya, kita yang kena semuanya. Hati hangus dan nilai pun bernasib sama.

0 comments:

Catat Ulasan