Selasa, 27 Julai 2010

mencari yang terbaik dalam hidup..

assalamualaikum... kita hamba Allah yang lemah lagi hina akan sentiasa mencari yang terbaik antara yang terbaik dalam kehidupan kita... semua orang inginkan yang terbaik... tetapi pada hakiki nya sekarang adakah kita terbaik???? cuba kita muhasabah dan tanya diri kita sendiri... cukup baikkah kita??? baikkah kita disisi Allah??? baikkah kita terhadap ibu bapa kita??? baikkah kita dengan orang sekeliling??? fikirkan sejenak.... manfaatkan sedetik kita dengan muhasabah agar diri kita sentiasa dalam proses untuk jadi yang lebih baik dari semalam.....

saya sendiri sedang mencari jalan dan mencari ilmu untuk membaiki diri kearah yang lebih baik..
bukan mudah untuk kita buang tabiat-tabiat buruk yang telah melekat atau menyerap dalam diri kita nie... tetapi sekiranya kita ada azam yang tinggi untuk membuangnya insya Allah, ia nya akan hilang dengan mudah dan bersih sekali.. mengapa sukar kita nak buang tabiat buruk kita??? sebab kita sendiri yang mencintainya dan menyayangi tabiat itu oleh itu tabiat itu sendiri sukar untuk melepaskan diri kita ini..

Nak jadi BAIK???? cari sifat-sifat positif atau sifat-sifat mahmudah agar dapat mengubah hidup kita dari yang kurang baik ke yang terbaik.... carilah... carilah walaupun berkurun lamanya...
carilah walaupun beribu batu jauhnya.... kerna ada perumpamaan mengatakan bahawa jauh perjalanan, luas pengetahuan... oleh itu cari lah.... sekiranya kita di utara, berhijrah lah ke timur.. "BERHIJRAH" adalah satu kata kunci yang tepat untuk kita menjadi yang terbaik.... berhijarahlah kemana sahaja janji dapat satu tanda yang akan ubah kita..

semua orang di atas muka bumi nie nak jadi baik.. tapi mereka hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja.. kerna mereka nak jadi baik sebab orang lain jadi baik dan bukan atasa dasar kehendak sendiri oleh itu ia nya susah untuk menjadi amalan harian kita seharian.. sebab apa sebab bukan kemahuan kita tapi disebabkan oran lain.. nak berubah biarlah atas kehendak sendiri bukan disuruh atau dipaksa kerana jarang berkesan sekiranya sebegitu.... ini atas dasar pengalaman yang saya tempuhi...dari saya berumur 8 tahun lagi pelbagai kursus, kem bina diri , motiasi telah saya sertai tetapi hakikatnya sampai sekarang saya still macam biasa.. berjaya?? jauh sekali!!!!
bukan nya saya tak berjaya alhamdulillah Allah telah bagi peluang kepada saya... maksud saya cemerlang.... sijil penyertaan kursus or seminar saya banyak tapi saya masih tak dapat menjadi yang terbaik.. kenapa???? sebab bukan kemahuan saya tetapi kemahuan orang... selain itu semangat juga main peranan penting untuk berubah... bukannya semangat hangat-hangat tahi ayam tapi biarlah ia istiqamah... kini barulah saya sedar bahawa nak jadi baik ada cara yang lebih pantas dan cepat... iaitu cari keredhaan Allah insya Allah kita akan menjadi yang terbaik..
kerana islam sentiasa mengajar kita untuk menjadi baik dari hari ke hari dan dari semasa ke semasa... oleh itu keep it up!!!!

berubahlah sebelum anda tidak sempat berubah!!!!!!
satu langkah untuk berubah melakar seribu pengalaman!!!!
selamat berubah demi kebaikan hidup masa depan!!!

Selasa, 20 Julai 2010

AkU DaLaM KeKoSoNgAn

assalamualaikum kepada semua followerss... saya memohon berjuta kemaafan sebab tak sempat nak update blog saya.. sekarang saya di bumi terengganu.. secara khususnya di UNiSZA...
saya sekarang sedang menuntut ilmu di sana... pelbagai kisah yang nak saya kongsikan tetapi bukan sekarang... kerana saya tak cukup masa untuk menulis panjang berjelar... insyaallah bila saya dapat laptop nanti saya akan update sokmo..... thankss kepada semua... atas sokongan semua.. saya dalam kekosongan... saya rasa hidup saya tanpa arah... saya meminta pendapat pengikut semua.. agar saya dapat terus menulis di alam maya ini... agar dunia remaja islam terus segar dalam kehidupan.... tolong berikan kata semangat atau nasihat agar saya terus bersemangat untuk menuntut ilmu di UNiSZA ini.. saya kehilangan semangat dalam diri kerana terpaksa menempuh pelbagai dugaan dan ujian... please comment or bantuilah saya....... anda semua harapan saya.... selain ALLAH .......