Isnin, 8 Februari 2010

Apa Gunanya Hidup???


setelah meniti beribu jalan yang berliku, baru lah aku sedar bahawa
erti kehidupan yang berguna.. apa gunanya hidup sekiranya tanpa keredhaan Allah??
kehidupan kita akan berada di awang-awangan tanpa keredhaanNYA, sekejap ke utara dan sekejap ke selatan.... kita hidup di dunia yang fana ini hanya untuk beribadah kepada Allah dan sentiasa mencari keredhaan Illahi.... kadang-kadang kita akan berasa lemah dan hina, kerana apa?? kerana kita tidak dapat menghayati kehidupan yang hakiki. Apa gunanya hidup kita ini sekiranya penuh dengan dosa noda?? kita juga sering dengar pepatah ini " keredhaan Allah terletak kepada keredhaan kedua ibu bapa." oleh itu, sebelum kita mencari keredhaan ALlah kita perlulah mencari keredhaan ibu bapa dahulu. kenapa kita kena mencari keredhaan ibu bapa? ini kerana mereka telah menjaga, mendidik, mengasuh kita hingga kita menjadi insan dan manusia yang sebenar. Bukan susah untuk mencari keredhaan ibu bapa, kita hanya perlu taat serta hormat kepada ibu bapa kita. Dan bukan susah pun kalau nak mencari keredhaan Allah, kita hanya perlu amalkan konsep "amar makruf nahi mungkar" dalam hidup kita. ikut segala perintah Allah dan jauhi segala larangan NYA......

0 comments:

Catat Ulasan