Isnin, 29 Mac 2010

JaNgAn BuRuK sAnGkA !!


" minah selalu keluar malam.. ntah-ntah dia nie keje pelacur kut.."



" ahmad selalu tolong cikgu, mesti nak bodek cikgu... nak dpt markah tinggi katakan"



" ala nur tue baik depan cikgu je, kat umah perangai hanya Allah saja tahu.."



"cikgu mat tue keje nak ngorat student je keje dia... suka bercakap ngan perempuan.."



itu lah antara ayat atau dialog mengenai buruk sangka terhadap orang lain.. sikap buruk sangka ini menjadi satu trend dalam hidup.. sehinggakan kadang-kadang timbul pulak fitnah-fitnah yang sepatutnya... sikap ni selalu membuatkan kita bergaduh dengan teman-teman mahupun timbul rasa benci terhadap cikgu....



mesti kita tertanya-tanya, bagaimana nak hapuskan sikap buruk sangka nie erk??? memang tidak semudah angin bertiup untuk hapuskan sikap ini tetapi sikap itu datang dari diri kita so kita boleh aje control.. kita kan raja kepada diri kita.. so apa yang perlu kita buat ialah sentiasa berfikiran positif apabila bertemu dengan musuh mahupun kawan yang kita suka buruk sangka padanya... apabila jumpa musuh ucapkan dalam hati nurani ini "dia sebenarnya baik...." "siapalah aku nak hukum manusia" " aku tak patut fikir macam tue.. dosa aku lagi banyak.." di samping itu, kita juga kena rajin muhasabah diri... sedar bahawa siapakah kita yang sebenar.. layakkah kita mengkritik orang??? ingat lah.. kita hanya hamba Allah yang tak dapat lari dari melakukan kesilapan... setiap manusia pasti pernah melakukan kesilapan.. sebesar mana pun dosa seseorang itu, kita tak layak menghukum mereka...



oleh itu, set your mind positive... pagi-pagi tengok cermin dan katakan "fikir positif" insyallah... kita akan dipelihara... dan jangan buat musuh.... apa-apa pun fikir yang positif sahaja... kadang-kadang memang kita perlu ada rasa buruk sangka tapi jangan biarkan ia menguasai kita... biar buruk sangka tue 20% jeee... hidup positif!!!!

0 comments:

Catat Ulasan