Isnin, 1 November 2010

Bersyukur Dan Bersabar




assalamualaikum semua saudara-saudara ku, pertama sekali saya ingin memohon seribu kemaafan kerana terlalu lama saya tak update artikel saya... kali ini saya ingin berkongsi kisah yang diceritakan kepada saya baru2 ini... kisah tentang Rasulullah s.a.w.......

isteri nabi pernah menceritakan bahawa nabi muhammad saw selalu mengamalkan satu perkara mengenai makan. dimana sehari baginda akan makan sehingga terasa kenyang... keesokan hari baginda akan berlapar seharian.... terdapat sebuah hadith yg menceritakan kisah yg lebih terperinci...

tiba-tiba terfikir... kenapa rasulullah buat demekian???? apabila di tanya, jawabnya:- hari yang aku makan trasa kenyang adalah untuk aku bersyukur dgn segala rezki yg Allah berikan padaku.. manakala hari yang kedua aku biarkan diriku kelaparan agar aku tanam sifat sabar dan redha dgn ujian Allah...

oleh itu nabi muhammad melakukan selang-seli perkara tersebut... dimana perkara tersebut akan mendidik kita rasa syukur dan sabar.... tetapi sekarang nie laen, kebanyakan manusia lupa untuk bersyukur kepada Allah apabila dia dapat apa yg dia mahukan... dan apabila dia dalam kesusahan, dia lupa untuk sabar yg diajar malah merintih dan menyalahkan takdir Allah... bersabarlah... kerana ia adalah separuh daripada iman....

sahabat2 ku semua... marilah kita sama2 menanam atau mewujudkan dua rasa hebat ini iaitu syukur dan sabar dalam diri kita. agar perjalan hidup kita berjalan dgn lancar dan insyaAllah peroleh keredhaan Allah ..... amin....

0 comments:

Catat Ulasan