Khamis, 26 Januari 2012

BeTaPa TaBaHnYa HaTi

menitis air mata jernih ini apabila melihat seorang wanita yang sabar menghadapi segala rintangan dan dugaan hidupnya.. pabila menjelang pagi beliau bangun dari tilamnya lalu menjerang air buat suaminya yang terlantar sakit diatas katil. memandikan suaminya.. tanpa jemu beliau melayan segala kerenah suaminya. betapa sabarnya wanita tersebut walaupun sering dimaki hamun oleh suaminya kerna kesilapan dan kesakitan sedikit... wanita itu menjaga suaminya bagaikan menjaga seorang anak kecil yang tak mampu lakukan apa-apa melainkan berkata-kata.

kadang-kala menitis jua air mata wanita itu kerna tidak tahan dek panahan kata suaminya itu tapi beliau masih lagi gigih dan akur akan kehendak suaminya.. ya memang semua manusia ada hati dan perasaan tapi wanita itu masih sedar bahawa tanggungjawab seorang isteri itu amat penting. wanita itu melayan suaminya dari pagi hingga ke malam tanpa henti. kadang-kala terlena keletihan diatas sofa kerna dek melayan suaminya itu.

bukan hendak menunding jari pada suaminya tapi aku cuba memahami keperitan yang sedang melanda suaminya itu.. mari kita lihat kisah lelaki pula. lelaki tersebut tidak mahu susah kan sesiapa tetapi apakan daya beliau hanya mampu baring kaku di atas katil sahaja kerna dek kesakitan yang melanda. aku tahu betapa tertekannya lelaki tersebut kerna terpaksa menyusahkan isteri serta anak-anaknya... tidak mampu lagi mencari rezki demi sesuap nasi buat keluarga. aku tahu betapa bosannya kehidupan nya kerna terlantang di atas katil yang tidak mampu bergerak kemana-mana.. kebosanan dan tertekan ini yang membuatkan lelaki tersebut hilang arah dan tidak dapat mengawal kemarahannya.. oleh itu isterinya yang menjadi sasaran atau tempat untuk disemburnya...

0 comments:

Catat Ulasan