setelah sampai di pejabat, ketua jabatan meminta alasan kenapa mereka tidak hadir ke kelas. dengan penuh yakin mereka memberi alasan yang telah disediakan. lalu ketua jabatan tersebut hanya tersenyum lalu sandar ke kerusi lalu berkata, "kamu nie suatu hari akan menjadi pendakwah, medium penyebaran ilmu agama Islam. sekarang nie kamu berdua boleh mencipta seribu satu alasan untuk membela diri tapi ustaz takut masa depan kamu akan gelap. ustaz panggil kamu datang jumpa ustaz bukan sebab surat amaran ni tapi ustaz risau dengan sikap kamu. ustaz risau sikap yang buruk ini akan menjadi kebiasaan lalu bagaimana kamu hendak berdakwah kepada orang lain? ustaz risau sikap sambil lewa kamu... bila panggil, buat tak tahu sahaja. solat tak jaga... subuh entah pukul berapa... ustaz risau juga sikap acuh tak acuh kamu terhadap pelajaran. nak belajar datang kelas, rasa malas tak datang kelas. macam mana ilmu nak berkat kalau kamu tak menjaga hati guru. macam mana hidup nak berkat kalau kamu tak amanah dalam hidup. ibu bapa amanah kan kamu datang universiti untuk belajar menuntut ilmu tapi kamu tak hadir ke kelas. kamu tak jaga amanah ibu bapa kamu dengan baik. bagaimana amanah kamu terhadap guru... guru minta kamu hadir ke kelas tapi kamu tak hadir... kalau dengan manusia kamu tak boleh menjaga amanah bagaimana kamu nak jaga amanah kamu dengan Allah????"
dua orang pelajar tersebut hanya tunduk sayu penuh keinsafan. ustaz diam seketika. lalu ustaz dengan nada perlahan berkata "bagaimana kamu nak jadi seorang daie kalau sikap kamu yang buruk ni masih berleluasa dalam diri kamu." ustaz diam lalu mencapai telefon dan melihat jam tangan seolah-olah ada urusan lain lagi hendak diurus. ustaz berkata dengan penuh kasih sayang " ustaz cuma menjalankan tanggungjawab ustaz. pohon kamu berdua menjalankan tanggungjawab kamu dan jadi saksi bahawa ustaz telah menjalankan amanah ustaz dengan Rasulullah iaitu memastikan anak buah sentiasa di jalan Allah... jadilah orang yang baik.. Assalamualaikum" ustaz beredar meninggalkan dua pelajar tersebut.

alhamdulillah kini mereka dalam proses kearah menjadi orang yang baik dan mereka bersyukur dengan surat amaran tersebut kerana memberi seribu satu hikmah kepada mereka. banyak pengajaran yang kita dapat ambil dari kisah ini. contohnya tentang amanah, bertanggungjawab, sikap sambil lewa dan sebagainya.... semoga sama-sama kita ambil iktibar dan muhasabah kembali.