Ahad, 1 Mei 2011

Mengapa Semakin Pandai Semakin Tak Senonoh?



hari berganti hari... kalau kita tengok dalam surat khabar penuh dihiasi dengan akhbar2 dan berita2 yang negatif/mazmumah... macam2 kes yang peli berlaku kat atas muka bumi nie.... antaranya, "suami tikam isteri kerana kejutkan subuh", "anak pukul mak", "cucu rogol nenek", "isteri dera suami", "hilang dara" n mcm lagi.... kenapa hal nie berlaku berulang kali.. sedangkan tujuan surat khabar n berita siarkan adalah untuk jadikan pedoman untuk semua tapi benda ini menjadi ikutan orang ramai.. semakin banyak kes-kes negatif, semakin ramai yang x takot buat jahat..

pernah kaji tak? kebanyakan orang yang buat kes nie adalah terdiri daripada orang-orang yg berpendidikan.. (education person)... kebanyakan nya adalah pelajar cemerlang.. lepasan universiti.. mahasiswa sana sini... doktor... peguam... pernah tak terfikir kenapa orang yang cerdik pandai berani buat jahat sedangkan mereka tahu apa akibat dan kesan sebalik kelakuannya itu.. kenapa semakin pandai seseorang itu semakin menjadi kurang ajar dan tidak beradab???... kenapa erk???? kenapa peguam sanggup tolong org jahat??? kenapa doktor sanggup gugurkan anak luar ikah sedangkan perkara itu adalah salah dan juga berdosa... mengapa ustaz2 rogol anak murid?? (bukan semua.. sebahagian sahaja).... mereka tahu perkara itu salah tapiii kenapa mereka masih berkeras hati untuk buat benda2 tak senonoh tue?? sungguh pelikkan...

hal ini berlaku kerana terlalu kejarkan harta dan keduniaan... terlalu inginkan keakayaan.. sanggup buat apa sahaja demi kebahagiaan didunia... demi kesenangan didunia... sanggup bunuh bayi yang tak berdosa demi wang yang berjuta... mengapa?? tidakkah mereka terfikir impaknya di akhirat nanti?? dan hal ini juga berlaku sbb student sekarang belajar kat sekolah atau universiti adalah untuk lulus dan cemerlang diatas sijil.. belajar sbb nak berjaya atas sijil.. supaya senang nak dapat kerja.. supaya senang nak apply mana2... "belajar tanpa amal seperti pohon yang tidak berbuah" langsung tidak memberi faedah kepada orang lain dan juga diri sendiri...

kebanyakan student di universiti, belajar sebab nak pointer tinggi2... supaya CGPA tinggi.. mereka hanya belajar tapi x amal dalam kehidupan seharian ... contoh yg paling mudah.. saya belajar akidah akhlak, then saya x amal apa yg saya belajar.. agak2, dapatkah saya meperkuatkan akidah saya dan memperelokkan akhlak saya?? mampukah saya begitu??? fikir-fikir kan...

sama la kalu kita belajar ulum al-quran... fiqh muamalat or what ever.... kalu kita x praktik dlm kehidupan seharian ia bagaikan angin yang ditiup berlalu pergi... habis exam lupa... then tinggalkan... nnti nak masok keje.. nak exam baru kelam kabut buka buku... patotkah kita jadi begitu... sedangkan kita blajar kerana Allah Taala...

sahabat2 semua... harap selapas nie kita sama2 btolkan niat sblom nak belajar..... niat dalam hati blajar kerana Allah... untuk mencari keredhaan Allah.. insyaAllah... perkara yg susah akan menjadi senang apabila dibantu oleh Allah... insyaAllah... selamat beramal dan renunugkan yaa...

0 comments:

Catat Ulasan