Sabtu, 7 Mei 2011

SuKaR nYerr KeHiDuPaN.... (1)

kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua kisah seorang hamba ini yang sedang mengharungi kehidupannya di mana bagi saya jalan kehidupanya penuh dengan onak dan duri... cerita ini merupakan kisah benar seoarng hamba Allah yang sentiasa mencari jalan yang diredhai Allah.. harap semua sahabat akan mengambil iktibar dari kisah ini. insyaAllah...

kisah:-

dalam keluarga yang serba kekurangan ilmu agama maka lahirlah seorang hamba yang bernama azlan (bukan nama sebenar). azlan mempunyai 3 orang adik beradik dan beliau lahir di tengah kota bandar yang begitu pesat dan penuh dengan kecanggihan serta kemudahan yang tak terhingga di sekelilingnya. begitu bertuah azlan ini.abang dan kakak azlan belajar dalam bidang akademik (duniawi) manakala ditakdirkan Allah azlan nie belajar dalam bidang islam... lebih kenal dengan pengajian islam... alhamdulillah beryukur kehadrat illahi... azlan merupakan satu-satunya anak yang belajar bidang agama. kaum kerabat serta keluarga azlan semuanya kurang ulmu tentang agama.. bukannya tak de.. cuma x kuat je... sekarang azlan belajar di univeriti dalam bidang pengajian islam... suatu hari, azlan tulis isi hatinya dalam sebuah surat.. :-

"duhai Allah yang aku sayangi... dengarlah rintihan hati kecilku ini. semenjak sekolah rendah lagi, ayah telah hantar aku kesekolah gama sehinggalah aku besar... ayah pernah beritahu pada ku bahawa ayah nak sangat anak ayah sorang nie blajar agama islam dan memperbetulkan apa yang salah.. aku ingat lagi kata-kata keramat itu dimana itulah hasrat ayah ku... tingkatan satu hingga lah tingkatan 3.. aku sekolah di sekolah agama tapi sekolah tue langsung tak membawa aku kejalan Allah.. malah sifatku bertambah terok makan dek zaman remaja pulak tue.. then, masa tingkatan 4, ayah hantar aku pegi jauh dari family aku... so aku pown dok la kat sana.. alhamdulillah.. sekolah baru nie banyak membantu aku.... banyak berikan aku pedoman.. banyak tunjukkan aku jalan kearah kebaikan.. disanalah aku mengerti, apa sunnah nabi.. apa itu bida'ah.. cara nak pakai serban... apa itu hamba.. dan banyak lagi... disana juga aku mula berhenti dari pemakaian yang tak senonoh dan juga akhlak buruk ku.. aku mula nak berubah... tapiii dalam masa yang sama family aku, langsung tak bagi aku dorongan mahupun sokongan.. malah aku dihina dan dicaci bila memakai mahupun mengikut sunnah... aku tahan hatiku dari menangis.. kerna nangis tak dapat menyelesaikan masalah aku... aku kuatkan diri aku.. itu merupakan cabaran pertama aku... selepas aku naik ke tingkatan lima, aku mula aktif ikut kawan2 ke masjid... dengar tazkirah... dengar pengajian.. disebabkan aku selalu keluar rumah, mak dan ayah aku larang aku untuk keluar.. katanya aku pergi lepak pasal politik.. aku dihalang untuk mendengar di majlis ilmu... aku bersabar.. sabar.. dan teros bersabar... selepas itu aku dihalang lagi... aku dihalang kemasjid untuk melakukan solat jemaah... sedihnya... sedihnya... hanya Mu ya Allah yang tahu isi hati ku.. pernah sekali tu, aku tegur mak sedara aku.. sebab ada benda yang tak kena yang dia buat.. then mak sedara aku cakap yang mak aku kata bahawa jgn percaya sangat dengan apa yang aku cakap. sebab aku nie slalu cakap pasal agama ja.. itu tak boleh.. ini tak boleh.. hancur berkecai hati nie.. mak dan ayah aku ingin aku berubah.. kearah islamic.. tapi dalam masa yang sama mak dan ayah aku menjadi duri dalam daging.. sakitnya hati ini bila melihat keluarga... kaum kerabat buat dosa depan mata nie.. sedih sangat.. sebab aku x dapat nak tegur diorang.. aku tak layak.. ilmu aku tak banyak... aku juga sering berdebat tentang agama dengan sepupu dan mak sedara.. kadang2 aku mengalah je sebab tak nak gadoh dengan kaum kerabat sendiri... Ya Allah... bagaimana pula dengan sahabat2 aku... aku sering cuba sedaya upaya aku untuk puaskan hati kawan2 tapi... kawan2 langsung tak menghargainya. sedih nya hati.. aku sayang kat kawan2 aku.. tapi... mmmm entahlah.. Ya Allah.. bantuilah aku... harapan aku hanya dapat mengubah keluarga aku kejalanMu Ya Allah.. dan dapat emnjaga perasaan semua sahabat2 aku... tiada benda lain yang aku harap.. ini sahaja ya Allah.. biarlah hidup aku merana.. asalkan ibu bapa.. sahabat2 semua bahagia... "

SAMBUNGAN......

0 comments:

Catat Ulasan