Selasa, 17 Mei 2011

apa perasaan guru???

baru-baru nie kita ada buat sambutan hari guru... seluruh malaysia menyambutnya, tak kira la secara besar-besaran mahupun kecil-kecilan. kali nie aku nak kongsi kisah aku sendiri dan ia menjadi persoalan dalam benak hati kecil ku ini.

dua hari lepas kami (first generation) diundang utk ke sekolah bagi meraikan hari guru. kami dapat undangan dari guru sendiri. betapa dasyat nya... aku pown pegi la, ingatkan ramai yang pegi.... malangnya hanya sekerat dua kerat ja... aku pegi dgn kawan aku (lelaki).. bila aku temui cikgu, perkataan pertama yang keluar dari bibir mereka adalah "terima kasih"... betapa lembut dan rendah dirinya seorang guru mengatakan terima kasih kepada anak didiknya sendiri... sepatutnya kami yang mengucapkan terima kasih atas segala tunjuk ajar dan panduan selama ini... tapi guru-guru bertindak sebaliknya... air mata aku bergelumang bila cikgu kata kat aku "terima kasih laa sebab sudi datang jenguk cikgu.. terima kasih banyak-banyak la... cikgu gembira kamu datang melawat cikgu.." ungkapan ini membuatkan hati aku tersentuh.. betapa mulianya hati seorang guru.. guru-guru mengharapkan kita datang melawat mereka.. seperti ibu yang mengharap anaknya pulang dari rantauan... rindu cikgu terhadap kita seperti rindunya ibu kepada anak yang beribu tahun pergi tak pulang... cuba anda bayangkan.. bagaimana hati seorang ibu apabila anaknya tidak menjenguk ibunya di kampung... tidak bertanya khabar berita... walaupun guru tersenyum riang setiap hari tapi siapa tahu isi hati mereka yang kecewa dengan sikap anak didiknya sendiri...


sebelom aku pindah sekolah, aku ingat lagi pesan cikgu, "nanti, bila jumpa cikgu kat mana-mana... tegur cikgu taw... jangan wat tak kenal pulak.. cikgu nie sayang dan rindu kat naka murid..." ungkapan ini membuatkan aku semakin beringat-ingat bahawa jangan malu pabila berjumpa dengan cikgu.. walau sehebatmana pown kita... guru yang didik kita dulu.. daripada tak tahu membaca... pandai membaca.. dari tidak tahu mengira.. teros pandai mengira...

kadang-kadang, cikgu yang tegur anak murid... sbb anak murid tak tegur dia... cikgu sanggup buang egonya demi melepaskan kasih sayangnya... kenapa anak remaja sekarang semakin hilang arah pabila bertemu dengan cikgu.. kalu boleh nak sorok n lari kalu nampak cikgu kat complex... patotkah hal ini berlaku.... ishhh ishhhh fikir-fikirkanlah...

0 comments:

Catat Ulasan