Rabu, 7 April 2010

Bagaimana Ukhwah Islam Kita???


Barangkali tidak salah dikatakan umat islam hari ini berada dalam lingkungan mereka sendiri tanpa mempedulikan apa yang berlaku terhadap saudara seagama yang lain. Berbanding tuntutan agama, sikap keakuan menjadi lebih utama. Itu kalau dunia islam dilihat secara luas. Jika dikecilkan skalanya, tentu kita dapat lihat keadaan hubungan yang semakin longgar antara kita dalam komuniti kita sendiri. Cubalah bertanya kepada diri sendiri- siapakah jiran di sebelah rumah? pernahkah kita mengambil tahu perihal mereka??


Situasi ini sebenarnya sudah cukup untuk membayangkan betapa perpecahan umat islam sudaj tercetus sejak sekian lama. Bermula dari isu kecil, kemudian ia merebak besar dan luas sehingga mengakibatkan pelbagai kesan termasuk bermusuhan. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agam islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa." ~Surah Al-An'aam 153~


Daripada ayat tersebut, kita harus membuka minda sekaligus merenung kembali akan situasi umat islam hari ini. Lihat pada diri, kemudian pandanglah kepada masyarakat kita. Perhatikan bagaimana rentak hubungan kita di Malaysia dengan penduduk islam yang lain. Adakah ia seiring dengan Firman tersebut???

0 comments:

Catat Ulasan