Rabu, 14 April 2010

Persepsi Umat Islam....


"Islam itu adalah cermin, jika cermin itu kotor maka pantulan itu pun akan menjadi kotor." Itulah analogi yang diungkapkan oleh DR. Mohd Farid Mohd Shahran, Timbalan Dekan (hal ehwal pelajar) Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysiayang juga pensyarah Usuluddin dan Perbandingan Agama. Berdasarkan analogi diatas, DR Mohd Farid mengumpamakan orang islam seperti cermin yang menyampaikan atau memberi pantulan mengenai kegemilangan islam kepada orang bukan islam. Malangnya, orang bukan islam telah dikelirukan kerana tidak mendapat input yang tepat mengenai islam. Selain itu, faktor kelemahan orang islam itu sendiri yang gagal mencerminkan inti pati agama islam sehingga islam itu menjadi buruk pada pandangan orang bukan islam.


Muslim berada dalam dilema dan dipalit dengan persepsi negatif orang bukan islam kerana orang islam sendiri berada dalam kekeliruan dan dibelenggu kejahilan mengenai ilmu islam.Malah kesilapan dalam banyak perkara mengenai islam turut berlaku. Secara langsung, pandangan terhadap islam juga menjadi salah. DR Farid menyatakan ada kalangan orang bukan islam yang mengambil inisiatif untuk mendapatkan kefahaman mengenai islam dengan pelbagai cara khususnya melalui pembacaan. Namun ada juga yang tidak mempunyai kesungguhan untuk mengkaji dan memahami sesuatu yng ditimbulkan. Kesungguhan Mualaf yang baru sahaja memeluk islam untuk mendalami islam perlu dicontoh oleh orang islam itu sendiri.


ALTERNATIF UBAH PERSEPSI


DR Sidek menyarankan empat alternatif untuk mengubah persepsi negatif ini:-


  1. Umat islam perlu berubah dengan menjadikan islam sebagai cara hidup dan bukan kepercayaan semata-mata. Ilmu islam adalah ilmu yang mengurus sistem bukan diri.

  2. Umat islam perlu mengetahui dan memahami sejarah kegemilangan islam suatu ketika dahulu dan seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita. Contohnya, kehebatan islam di Andalusia adalah disebabkan wujudnya sinergi yang mantap atau kerjasama ulamak dan umarak.

  3. Umat islam perlu mempunyai ilmu yang bersepadu (integrated knowledge) seperti Ibnu Sina yang menguasai ilmu-ilmu seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh dan perubatan. Begitu juga Al-Khawarizmi dan lain-lain lagi.

  4. Perlunya sikap terbuka terhadap elemen bangsa. Ini merujuk sejarah Rasulullah SAW setelah peperangan Badar yang meminta orang tawanan perang mengajarkan anak-anak orang islam membaca dan menulis sehingga munculnya pejuang-pejuang islam yang hebat kerana mempunyai ilmu.

0 comments:

Catat Ulasan